Nuffnang Ads

Friday, March 29, 2013

Jom kita Kitar Semula Part II

Assalammualaikum..

Jom kita sambung cuci mata :)
menggunakan botol minuman


tin minuman





Tambah kapsyen

menggunakan kulit telur

ermm cantiknya bunga2 ni :) ditanam dalam periuk lagi hehe..

guna kertas tisu tandas yg dah habis guna

sumber : Google

Friday, March 22, 2013

Jom kita kitar semula!

Assalammualaikum...

Hi! selamat petang...
hari ni nak cerita sikit tentang budaya kitar semula.
sy kagumlah dengan mereka yang bijak menggunakan barang yang hendak dibuang menjadi sesuatu yang sangat berguna! sangat, sangat, sanggaaaaat kagum! terutama omputih, mereka ni memang kreatiflah. Kalau sy ada masa kt opis, sy selalulah jugak intai2 blog2 dorang tu, memang lepas tengok tu confirm terkeluar ayat ni "ooo.. boleh buat macam ni rupanya.. menyesal aku buang" hehe..
jom kita layan gambar dan manfaatnya :)


 

bekas air kotak boleh dijadikan tempat semai benih :)













guni & recycle bag...

tin-tin lama..

botol air
bijak sungguh mereka memanfaat sesuatu ruang dan barang2 yg hendak digunakan lebih2 lagi kalau nak berkebun, mana2 pon asalkan tempat tu mendapat cahaya yang secukupnya :)

kreatif :)

kalau guna almari ni rasanya macam membazirlah pulak.. hehe.. lebih letak kasut :P

loyang buat kek yg da xguna tu pon boleh guna utk tanam pokok



teko pon boleh... :)


dua dalam satu....
Lepas ni bolehlah kita cuba mana yang bersesuaian :)

(sumber : GOOGLE , sini & disini )

Monday, March 18, 2013

Soup of the day...

Assalammualaikum...

Baru2 ni sy pergi makan western food di Artisan Kitchen di MBO bersama kakak + si tomey & adik perempuan sy.
Makanan kat situ bolehlah tahan dan harganya amatlah berpatutan, sy makan Chicken Chop + Ais Lemon Tea hargannya lebih kurang RM13.99 kot.. lupa pula sebab orang belanja hehe...
Kebetulan kakak sy ade order mushroom soup, ermm boleh tahan juga sup tu dan si tomey yg paling suka.. hampir habis semangkuk dia habiskan.. hehe..

lebih dari separuh si tomey tu makan.. :)
Ermm.. nampaknya si tomey ni mengikut jejak mak ngah dan mak su dia giler mushroom sup! huhu.. dan disebabkan rasa kasih yg mendalam chewah! hehe.. mak ngah nya dengan rasa kasih menggunung merajinkan diri untuk memasak sup cendawan untuk si tomey (sebenarnya mak ngah jer yg nk makan lebih hehe...) resepi ni sy ambil dari blog kakjee memang sedap dan amat simple :D

kak jee, sy minta izin nak copy resepi kak jee disini ye :) dan kalau ade yg nak tengok versi asalnya boleh klik disini.

FRESH MUSHROOM SOUP

BAHAN2 UNTUK DUA ATAU TIGA MANGKUK:


*2 mangkuk cendawan (sy guna 1 peket cendawan fresh)
*2 biji bawang sederhana besar

1 sudu besar butter

2 sudu besar minyak zaiton (sy guna minyak biasa)

1 kiub ayam knorrs/maggie

setengah cawan air

susu segar (sy guna 1 kotak kecil)

1 sudu besar tepung gandum

lada hitam

CARA MEMBUATNYA:

Bahan * dicincang halus.
Panaskan kuali/sauce pan dan letakkan butter dan minyak.
Bila butter dah cair, masukkan bawang dan goreng kira2 lima minit. kemudian masukkan cendawan dan goreng lagi sampai rata.
taburkan tepung dan kacau pantas dan biarkan tepung masak seketika. kemudian bubuh air setengah cawan dan sambung masak.
masukkan kiub ayam yang telah dipecah2kan ke dalam kuali tadi.
kacau sampai rata pastu masukkan susu segar mengikut kepekatan yang dikehendaki.
bubuh lada hitam dan kacau. rasa dulu sebelum bubuh garam lagi kerana kiub ayam agak masin.
biarkan mendidih diatas api yang perlahan sehingga dirasakan cendawan sudah betul2 masak.
(kepekatan sup ikut citarasa masing2. kalau terlalu pekat, boleh tambah air ataupun susu lagi. itu jer. senang kan. hah lepas ni tak payah beli yang dalam tin lagi sbb pastinya ada bahan pengawet.)

makan dengan garlic bread, mmg sedap!
Selain, sup cendawan, sy juga ada mencuba resepi Sup Bawang, ermm.. boleh tahan juga rasanya. Sedap dimakan waktu malam :)
sup bawang dimakan dengan roti perancis.
Sup bawang tu memamg sedap dimakan panas2 bersama roti perancis (sy xsempat nak bakar roti perancis tu, sebab xsabar nak merasa sup bawang tu hehe..)
Sebenarnya sy dah lama nak cuba resepi Sup Bawang ni lepas baca buku Harry Potter hehe... di sini copy kan resepi yg diambil dari blog Resepi Malaya kalau xsilap.. (maaf sebab resepi dah lama dlm simpanan hingga lupa diambil dari siapa.. )

SUP BAWANG – RESEPI MALAYA


1 biji bawang – (sy guna bawang holand besar & dihiris)
800 ml air/stok daging

1 kiub stok daging maggie/knor

1 tsp cider vinegar – untuk rasa masam (klu xde pon xper)

1-2 tbsps butter – untuk saute bawang

garam & lada hitam

Cara masak :

1. Panaskan periuk, cairkan butter, saute bawang dengan api perlahan sampai bawang layu dan bertukar warna perang tabur garam sikit, gaul rata.
2. Bila bawang da bertukar warna perang tu, tuang air tadi, kiub stok daging, cider vinegar, and biar mereneh 10-20 minit
3. Bila dah 20 minit, baru lah letak garam and lada hitam serbuk dan siap untuk dihidangkan

selamat mencuba :)




Friday, March 15, 2013

Si Tomey Nomey

Assalammualaikum...

Hi.. agak lama tak bersiaran, hampir2 berdebu blog ni hehe.. sekarang ni sedang bercuti hendak berkebun selepas kejadian yg sadis lagi tragis itu.

Ape2 pon sekarang ni agak sibuk sikit sebab balik dari keje terus sibuk melayan satu2nya anak buah yg tomey nomey tu bermain dan temankan dia tengok kartun :) sekarang ni dah semakin aktif dah dia.. tak larat neneknya nak mengejar nasib baik mak ngahnya balik awal sikit, boleh take over tugas nenek sementara nak tunggu ibunya balik keje pukul 8pm.


sewaktu si tomey berusia 6 bulan :)
Penat jugalah melayan kerenah si tomey tu tp seronok sangat bila tengok dia leka bermain dan leka tengok tv nak tau kenapa seronok? sebab time dia lekalah sy boleh cium pipi dia sepuas hati! hehe.. kalau waktu biasa, jangan haraplah nk dapat cium, confirm dia lari hehe.. dan melainkan kalau kita nak keluar rumah barulah si tomey tu terkedek2 minta didukung sambil cakap dalam pelat babynya, "dhom.. dhom.."(jom.. jom..) konon2 tu nk ikut kita keluarlah tu.. hehe.. kalau nk tahu si tomey tu petah juga bercakap walaupun umurnya baru 16 bulan, dan yg paling sweet, nama semua orang kat dalam rumah sy semuanya sudah dia hafal eh, opsss! pembetulan, anak buah sy tak pandai panggil ibu..... hehe.. cian kakak sy, setiap malam dia ajar anak dia panggil dia ibu tp anak buah sy buat tak layan jer hehe.. tp si tomey tu panggil ibu dia "tatak' (kalau sekali dengar macam katak tp sebenarnya kakak.. hehe) si tomey akan sebut nama kita setiap kali kita masuk rumah atau baru keluar dari bilik.. :)

dan dia paling suka tengok kartun kt babytv, boboiboy ngan upin & ipin.


  setiap kali dia nampak iklan boboiboy kt tv, mesti dia ikut nyanyi tp 1 perkataan jer dia ulang2.. "oboboi... oboboi.." hehe..

"oboboi...oboboi..." setahun 2bulan usia si tomey waktu ni
bila cerita tentang si tomey sy ni, rasa rindu pulak pada dia kat rumah tu :)

sewaktu usia 8 bulan


Saturday, March 2, 2013

Semuanya sudah berakhir...

Assalammualaikum.....


 semakin lama, terasa semakin malas nak update blog.... Dulu niat sy nak buka blog ni sebab nak sama2 perkongsi hobi dan pengalaman berkebun. Tapi sekarang ni, semua da berakhir.. sedihnya..

Semuanya berakhir pada minggu lepas tp baru hari terasa ade mood nk kongsikan.. minggu lepas jiran sy nak pindah rumah, jiran sy tu warga myanmar + nepal (lelaki dan pompuan tinggal sekali)
malam tu lebih kurang pukul 7 lebih kot, sy nampak dorang punggah barang, sy ade lah tegur, "nak pindah ke?" dan dorang kate iye. ermm bagus gak nk pindah, kate sy dlm hati sblm ni dorang ni pon bukan pernah jaga kebersihan kat depan rumah dia pon. setiap kali ade sampah ke, kucing berak ke, kucing kencing ke, semua mak sy yg bersihkan.. maklumlah tinggal kt rumah flat.

Kesokan harinya bila sy nk pegi kerja, sy tengok kat depan rumah sy habis bertaburan tanah dan plastic polybag yg ade anak2 benih !!! memamg tak salah lagi, ini mesti kena langgar mase jiran sy yg baik hati tu nk pindah rumah malam tadi. Habis semua anak benih sy bertaburan.... rasa macam nak nangis jer... anak2 benih tu baru 2minggu sy alih didepan rumah dari pasu botol dlm bilik air...
mase tu cepat2 sy masukkan balik anak2 benih dalam polybag, sy siram dan letak bawah mentol lampu yg sudah tersedia sebelum ni. sy pergi kerja dgn hati yg sedih dan berdoa semoga anak2 benih tu dapat diselamatkan.

Balik jer dari kerja, cepat2 sy tengok ank2 benih tu. Tapi.. anak benih tu dah layu... (sy tak teringat pon nak tangkap gambar sbb sedih + terkejut) sedih sangat.... segala usaha dan masa terbuang macam tu jer.... buat masa ni memang dah putus asa.. :(
sedih.... sedih.... sedih.....sedih.... sedih.....