Assalammualaikum
ermm.. dah lama tak bersiaran, sejak bulan lepas agak sibuk dan banyak aktiviti. Walaupun PRU13 sudah berlalu dan kerajaan telah terbentuk tp demam PRU13 masih lagi terasa panasnya.. di fb masih lagi dihidangkan dengan cerita2 panas mengenai kenaikan harga barang walaupon hakikatnya tak naik pon!
(mereka ni dah xde kerja agaknya, suka buat cerita mengarut jer!)
oklah, cukuplah setakat ini cerita mengenai PRU13 (wlaupun sakit hati)
Beberapa minggu yg lalu, ayah sy menyambut hari lahirnya yg ke51 tahun..
 |
selamat hari lahir ayah!!
|
Tak sangka, sudah 51tahun umur ayah.. Syukur pada Tuhan kerana telah memberikan sy dan keluarga seorang ayah yg baik dan penyayang. 5 tahun dulu, kami hampir kehilangannya akibat kemalangan, namun Allah masih memberi kami peluang untuk merasai kasih sayang ayah hingga kini.. Alhamdulillah..
Semoga ayah dipanjangkan usia, semoga diberikan kesihatan yg baik dan semoga ayah memperoleh semua keberkatan didunia dan akhirat.. amin..
terlalu banyak jasa ayah dalam mendidik sy dan adik beradik.. terima kasih ayah, semoga sy dapat membalas jasa ayah dan mak :)
selamat hari ibu buat mak
Selamat hari ibu buat mak yg tersayang! walaupon sebenarnya setiap hari pon adalah hari ibu tp tak salah rasanya untuk membuat hati mak sy lebih gembira dengan sebiji kek kegemaraan dan sejambak bunga :) sayaaaaaaang mak!