Nuffnang Ads

Saturday, December 29, 2012

2012 Yang Penuh Warna Warni Part 2

2012 Yang Penuh Warna Warni

inilah antara hobi bermusim sy..
Pada awal tahun 2012 ni, sy suka buat hairband. Mentang2 la anak buah kite gegirl hehe.. sebenarnya sy tengok ramai org jual hairband lace utk baby kt fb lepas tu officemate plak minta tolong sy order 1 utk baby dia yg sebaya anak buah sy, so sy order la kt fb, bila dpt barang jer sy tgk mcm senang jer nak buat.. dan bahan2 tu mcm senang nak dpt di klang, jadi sy pon mula la projek buat hairband utk anak buah tersayang.. mcm2 fesyen ade siap nama pon ade, selain tu sy juga buat utk baby girls kawan2 sy.. sebagai hadiah. Rasa terharu tengok baby yg comel2 tu pakai :) tp yang sedihnya, anak buah sy cuma nak pakai sekejab jer... cedih mak ngah huhu.. jadi hobi dan kegilaan tu cuma 2 hingga 3 bulan jer..

bahan2 yang masih banyak..
 selepas tu masing2 sibuk nak pergi bercuti kt Cameron Highlands, ayah dan mak telah menaja percutian kami sekeluarga ke sana :) terima kasih yer mak & ayah, sayaaaaaaaaaaang sangat! hehe.. balik dari bercuti, sy sudah mula tertarik melihat page masakan di fb, begitu banyaknya resepi menarik utk dicuba hehe.. gilo-gilo.. jadi, bermulalah sesi masak-memasak hehe.. banyak juga resepi yg sy cuba, dan menjadi Alhamdulillah. Dan yg paling seronok, kek karamel percubaan pertama sy menjadi :)
seronok sangat resepi sy ambil di fb kak Puteri Manja disini dan resepi Laksam dari blok kak Azlita disini memang sedap dan menjadi dalam 1 cubaan jer.. hehe bangga la tu.. mak sy pon suka laksamnya.
kek karamel
Disebabkan rasa seronok sangat dapat cuba macam2 resepi, sy pon da berangan-angan mak jenin  nak buat bisnes kek kat rumah.. hehe bersemangat betul masa tu, xsangka ramai pulak beri dorongan, sy pun xsangka, yg sy begitu serius sehingga sanggup pergi kursus buat kek selama sehari di Anis Baking Centre!

Chef Noraini sedang sain buku resepi kiter.. hehe..

antara kek yg dipelajari pada hari kursus
Seronok juga dapat belajar buat kek dgn Chef Noraini, dia xlokek ilmu dan banyak tips yg dipelajari hari tu, walaupun kursus hanya sehari tp rasanya berbaloi antara kek yg dipelajari, kek black forest, blueberry, pandan layer, kek marble dan lain2 lagi dan yurannya pon murah cuma rm150.00 berbanding dgn tempat lain lebih kurang rm200.00 keatas.
Selepas tu, sy lebih bersemangat nk membaking.. hehe.. dptlah buat kek utk hari bapa, hari ibu, kek hari lahir ayah dan kek hari lahir mak.. cuma yg jadi masalahnya sy xpandai nk deco2.. hehe.. kek pertama yg sy buat utk org luar ialah kek hari lahir bos kakak sy  Datuk Wang , memang mengigil sy dibuatnya. Itu semua x di rancang sbb bos dia xnak kek yg dibeli kerana dia ade kencing manis. jadi kek yg nk dibuat tu, mesti free sugar, dan menggunakan bahan organik.. adoi cerewet la pulak Datuk ni.. dalam keterpaksaan sy pon terpaksa la membuatkan kek utk bos dia. (nasib baik, bahan2 nya semua mereka sediakan.. hehe)
tadaaa... inilah kek nya.. deco ala kadar jer, tangan mengigil.. hehe..
tp apa yg sedihnya, boleh dikatakan itulah kek yg terakhir sy buat sbb sepanjang kegilaan sy membaking, berat sy naik hampir 10KG!!!!!! sudah hampir berat seekor anak gajah  jadi sy terpaksa stop membaking buat sementara waktu utk mengawal berat badan yg da masuk dlm kumpulan obesiti ni.. huhu..
seterusnya, to be continue.. hehe..

2012 Yang Penuh Warna Warni Part 1

2012 Yang Penuh Warna Warni

Assalamualaikum...

Dalam tak sedar tahun 2012 hampir melabuhkan tirainya. Bila direnung kembali hari2 yg telah berlalu sepanjang tahun ini, sambil memejamkan mata dan menarik nafas... "Syukur Alhamdulillah. Terima Kasih Allah", tahun ini amat bermakna dan aku benar2 bersyukur diatas segala pemberianMu Ya Allah.
sumber : internet
sewaktu mula2 memasuki tahun 2012, hati ini pernah terdetik tahun 2012 akan jadi yg paling meriah kerana keluarga kami telah menerima kehadiran ahli baru pada penghujung tahun 2011. sekaligus menghadiahkan title baru pada kami sekeluarga, kakak sulung dan abang ipar dpt title ayh dan ibu, mak dan ayahku dpt title atok ngan nenek dan diri ini da jd mak cik :)
Selain dari seronok melihat keletah si kecil yg dijaga oleh mak sy tu, sy juga banyak hobi yg datang tiba2... dan hilang tiba... hehe... tahun juga ayah bawa kami bercuti sekeluarga ke Cameron Highland ade disini, sini, dan sini. Banyak lagi imbasan 2012 yg hendak dikenang.. :) to be continue (macam dalam drama pula hehe..)

Thursday, December 27, 2012

Kami sudah buat keputusan!

Assalamualaikum..
Pada hari cuti yg lepas, sy dengan kakak tercinta sy da buat keputusan muktamat! keputusan ini sudah muktamat kami akan teruskan juga bak kata pepatah, alang2 menyeluk pekasam, biar sampai kepangkal lengan!
Amboi, berkobar2 jer bunyinyer hehe..

Sebenarnya sy dan kakak sy da lama rancang nak masak takoyaki. Semua bahan2 sudah dibeli acuannya pon kakak sy lama beli tp xberkesempatan nk buat lagi sbb kami sibuk dgn hal masing2. Takoyaki ni menjadi kegemaran adik-beradik sy, mak sy pon suka tp ayah lansung xberkenan hehe.. Takoyaki ni sejenis snek yg biasa dimakan di Jepun pada waktu malam.
(gambar sumber google)
Pada hari cuti yg lepas sy dan kakak akhirnya berjaya jugak buat takoyaki dgn resepi yg kawan kakak sy beri, mmg sedap resepinya. terima kasih byk2. Memang seronok sangat dpt buat tako ni sampai buat 2 adunan :)sekejab jer dah habis gelojoh betul hehehe..
antara bahan2 nya


chuka idako


senang rupanya nak buat tako ni, sy yg amatur ni pon boleh buat.. hehe..

sudah siap! jom makan!

Kalau ade yg nak buat tako, sy ade sertakan resepi dan selamat mencuba :)
Resepi
Bahan2 adunan  Takoyaki
1 cawan tepung gandum 300 ml air
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 biji telur
Inti takoyaki (Boleh dipelbagaikan isiannya walaupun Takoyaki merujuk kepada Octopus Ball. Tuna/Octopus/Isi Udang/Crab fillet  (sy beli chuka idako yg da siap masak kt jusco)
Kubis dicincang halus2 (mcm nak buat coleslaw)

Bahan2 Taburan
Mayonis
Serbuk nori (seaweed)
Katsuoboshi (hirisan ikan bonito nipis macam kertas )
#serbuk nori & katsuoboshi tu beli di kedai Daiso
Bhan2 Sos Takoyaki
1 cawan sos tomato
1 cawan worcestershire sos
2 cm halia  (diparut halus )
1 ulas bawang putih  (diparut/tumbuk halus )
¼ cawan gula
Cara2 Menyediakan Sos Masukkan semua bahan ke dalam periuk dan dimasak sehingga sos menjadi agak pekat. Sejukkan sebelum dimasukkan ke dalam botol  sos senang picit.
Cara2 Memasak Takoyaki
1.Bancuh semua bahan2 aduan dengan menggunakan whisker(sy blender jer) sehingga sebati. Tuangkan ke dalam jug plastik yang sesuai. (supaya mudah nak menuang  adunan ke acuan nanti) Ketepikan sebentar.
2. Panaskan acuan takoyaki dengan api yang sederhana. Sapukan sedikit minyak masak dalam setiap lubang acuan. Bila acuan dah agak panas, tuangkan adunan ke setiap lubang acuan sehingga penuh.
3. Masukkan bahan2 isian (samada isi udang/tuna/ octopus yg telah dipotong kecil/crab stick yg dipotong kecil).( Intinya klu letak banyak lagi sedap J)Kemudian taburkan dengan hirisan kobis yang telah dicincang.
4. Tuangkan adunan hingga memadatkan acuan tako.Tunggu sebentar hingga dasar masak dan terbalikkan secara berhati-hati untuk dapat bentuk bulat yang sempurna.Gunakan lidi untuk proses ini beberapa kali sapu minyak agar garing.
5. Sesudah masak dan bewarna keemasan,angkat dan letakkan sos tako,mayo.kemudian letak fish flakes n serbuk nori. Siap :D

Wednesday, December 12, 2012

Art Garden & Water Feature

Sempena cuti umum semalam, sy dengan jayanya telah berjaya memaksa memujuk kakak dan abg ipar sy ke nursery yg terletak di pandamaran sebab sekarang ni sy tengah bersemangat nak menanam pokok (wlupon dok kt rumah flat hehe) tp xjumpe plak, sebelum ni selalu kita orang lalu jer kt depan nursery tp kali ni nak singgah xjumpe la pulak.. ish, ish.. kecewa betul. :(
Mase tengah ronda2 dari pandamaran sampai bukit tinggi klang, ternampak la satu nursery ni namanya Art Garden & Water Feature kita orang singgah la, emmm cantik tempatnya, hijau dan sejuk (kebetulan baru lepas hujan) terdapat banyak pokok hiasan terasa macam di Cameron Highlands pulak hehe.. contoh2 kolam air pancut dan taman pon banyak. Sempatlah beli tanah+kompos, pasu kecik, polybag dan semaian tray. Staf yang melayan kita orang pon peramah dan baik :) memang terasa nak datang lagi beli pasu. kalau ade yang berminat nak beli pokok hiasan, kolam, batu2 kolam, tentang harga kat situ boleh dirunding
Art Garden & Water Feature
Address: Lot 45537, Jalan Gambus 2, 41200, Klang, Selangor, 41200
Phone: 016-7828774
jom layan gambar....
pintu masuk

siap ade asap lagi... (-_-")


pokok hiasan

cantik..



tempat letak pasu pon cantik2..

pasu


nampak tak ade sesuatu kat air terjun tu? :)

kura kura

batu-batu untuk taman
tanah 1 bag rm1.00

benih yang diorder dgn en Iskandar
tanah semaian


Daulat Tuanku

Assalammualaikum...

Sempena Cuti umum Hari Keputraan Sultan Selangor Semalam, saya sebagai anak Selangor ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir semoga Allah panjangkan umur Tuanku.

Friday, December 7, 2012

Eithusa??

Disebabkan suka sgt tgk cerita Merlin kt astro, smpai nma blog pon terikut2 cerita merlin.. hehe
season 5 (sumber google)
Nama eithusa tu diambil dari siri merlin season 4, dlm 1 episod tu merlin telah memberi nama eithusa pada seekor anak naga putih yg berjaya merlin seru dari sebiji telur yg dia selamatkan..(sinopsis ringkas2 jer hehe..) naga tu comel sgt!
ni la anak naga eithusa, comel kan? hehe.. (sumber google)
tp dlm season 5 anak naga tu, da bersama morgana :( xbest la.. dia da ikut org jahat.

eithusa (sumber google)
takperla, wlu bagaimana pon nama eithusa tu mmg cute :) dan akan terus diabadikan disini :)

Cameron Highlands part2

Banyak lg tempat2 yg menarik tak smpt pg mase kt CH ari tu.. :( rase mcm xnk blk jer.. hehe..



 di rose valley...
 

bunga rose di rose valley



buat peminat bunga rose, wajib pg rose valley! :)







bunga mawar tengah mekar





bunga lavender laut di kea farm


aneka jenis bunga, rambang mata tgk klu bleh semua nk beli... :)



merah menyala!




suke sgt tgk orked ni, sepanjang perjalanan ke CH byk tumbuh meliar kt tp jln dan atas bukit.
 







stoberi, mmg tak sah klu xbeli :) klu nk beli utk dibawa blk sebagai ole2, belilah time nk blk kt kea farm klu bli awal2 nnti xtahan lama.