Nuffnang Ads

Showing posts with label Berkebun. Show all posts
Showing posts with label Berkebun. Show all posts

Friday, March 29, 2013

Jom kita Kitar Semula Part II

Assalammualaikum..

Jom kita sambung cuci mata :)
menggunakan botol minuman


tin minuman





Tambah kapsyen

menggunakan kulit telur

ermm cantiknya bunga2 ni :) ditanam dalam periuk lagi hehe..

guna kertas tisu tandas yg dah habis guna

sumber : Google

Friday, March 22, 2013

Jom kita kitar semula!

Assalammualaikum...

Hi! selamat petang...
hari ni nak cerita sikit tentang budaya kitar semula.
sy kagumlah dengan mereka yang bijak menggunakan barang yang hendak dibuang menjadi sesuatu yang sangat berguna! sangat, sangat, sanggaaaaat kagum! terutama omputih, mereka ni memang kreatiflah. Kalau sy ada masa kt opis, sy selalulah jugak intai2 blog2 dorang tu, memang lepas tengok tu confirm terkeluar ayat ni "ooo.. boleh buat macam ni rupanya.. menyesal aku buang" hehe..
jom kita layan gambar dan manfaatnya :)


 

bekas air kotak boleh dijadikan tempat semai benih :)













guni & recycle bag...

tin-tin lama..

botol air
bijak sungguh mereka memanfaat sesuatu ruang dan barang2 yg hendak digunakan lebih2 lagi kalau nak berkebun, mana2 pon asalkan tempat tu mendapat cahaya yang secukupnya :)

kreatif :)

kalau guna almari ni rasanya macam membazirlah pulak.. hehe.. lebih letak kasut :P

loyang buat kek yg da xguna tu pon boleh guna utk tanam pokok



teko pon boleh... :)


dua dalam satu....
Lepas ni bolehlah kita cuba mana yang bersesuaian :)

(sumber : GOOGLE , sini & disini )

Friday, January 18, 2013

Projek Terbaru

PROJEK TERBARU
Selepas kegagalan projek pertama tu, sy telah mendapat idea untuk memanfaatkan satu2nya tempat dalam rumah sy yang mendapat sinaran matahari - Dalam Bilik Air - (sila jangan gelak hehe..)
Dengan menggunakan botol minuman yang dikitar semula menjadi pasu gantung dan menggunakan tanah + kompos yang dibeli di nursery tempoh hari, sy telah memulakan projek ini dengan harapan semuanya dapat bercambah dengan baik.

1MINGGU
selapas 1minggu dan beginilah rupanya botol kitar semula dan digantung didinding bilik air
sumber cahaya, oleh kerana nak mendapatkan cahaya yg banyak, cermin tingkap jadi mangsa sy tanggalkan 2biji hehe,,


Minggu ke2 sy alihkan anak benih ni didepan tingkap supaya dapat membesar dgn lebih cepat dan sempurna :)
 
lobak putih ni memang cepat membesar :)
semoga semuanya dapat membesar dgn baik :)

Alhamdulillah,
setakat ni semua yang dirancangkan berjalan dgn baik. Rancangan seterusnya, apabila anak benih ni sudah kuat dan sedia dialih, sy akan tempatkan di depan koridor rumah dan menggunakan cahaya lampu sepenuhnya. Semoga semua dipermudahkan Amin.

p/s : sekiranya ada yg nak memberi cadangan dan tunjuk ajar, amat2 lah sy hargai terima kasih :D

Thursday, January 17, 2013

Percubaan Pertama Telah...

Assalammualaikum....

Percubaan pertama sy telah gagal.... ermm sedih....

kesian... sedih tengok.. sob. sob..(nangis)
ermm... :(
semua layu menyembah bumi... sedih... memang sedih.... sy rasa semua ni mungkin berpunca dari kesilapan sy sendiri, 3 hari sebelum ni sy kurangkan penggunaan cahaya lampu dalam 1 hingga 2jam sehari.. konon2 nak exsperimen la tu.. mungkin kurang cahaya yg mennyebabkan semuanya layu..ermm xpelah, len kali takmo buat macam ni lagi yer! beberapa hari yang telah berlalu dengan pantasnya, sy telah mengGOOGLE2 kt internet, berkenaan lampu yg lebih sesuai untuk tanaman ni dan nak selidik kat mana silap sy.(hehe.. nak selidik pulak, filling macam dalam CSI jer.. huhu..) ade 1 website omputih ni dia jual rak yg ade lampu sesuai untk tanam herba dalam rumah..

Compact 2-Tier SunLite Garden,
mengikut maklumat kt website tu, (dari ape yg sy faham sikit2, maklumlah xpandai BI hehe..) lampu yg dorang guna 108watts (berbanding sy punya 18watts.. ) lepas tu, tumbuhan tu mesti dapat cahaya paling kurang pon dari 8 jam hingga 12jam. ermm gitu rupanya.. maknanya kena on lampu sehari suntuk la.. (apelah agaknya mak sy nk cakap pasal ni yer.. hehe) dan kena tukar lampu kepda watts yg tinggi sikit dan beberapa keperluan yg lain. demikianlah serba sedikit maklumat yg sy baca tak habis tu.. hehe.. lepas ni kena ambil masa nak baca betul2 dan nak belajar2 betul2:) oklah, buat sementara ni sy stop sekejap projek "Lampu untuk Tanamanku"
Tapi sy betul2 tak sangka banyak juga jiran2 sy mengikuti perkembangan sayur2 tu.. sebab mereka pelik, bila sy pasang lampu di koridor siang2.. hehe.. setiap kali mereka lalu depan rumah sy, mereka mesti berhenti dan tengok tunas2 tu dan baca label sayur kat dulang semaian tu :)  ermm sedih.. takpelah, next projek yang sy nak kongsikan agak kelakar sikit.. tungguuuuu....

Tuesday, January 15, 2013

Percubaan Pertama

Projek pertama pada 16/12/2012

Benih yang disemai :
Lobak Putih Kampung
Kailan
Flocolli
Kobis Merah Sunny
Kobis Summer

selepas 1 minggu, banyak benih yg sudah bertunas. Memang perkembangan yang amat baik dan happyyyy sangat :) tp maaflah sy hanya guna kamera hp jer.. :)

lobak putih kg ni sangat cepat tumbuh
sudah bertunas :)


lobak putih semakin memanjang,,
baru disemai benih dari kebun bahagia bersama :)
tunas lobak putih ni terus memanjang tp daun nya tak mahu terbuka :(
benih bunga kobis sudah bertunas :)
kobis merah ni sangat halus..
sudah bertunas :)
Bila sy tengok semua tunas baru macam tumbuh meninggi dan terasa daunnya lambat nak terbuka, sy rasa sedih huhu.. dan dapat agak mungkin kurang dapat cahaya matahari yg secukupnya.. memanglah sy da jangka dari mula tp sy tetap nak mencuba degil budak ni. Sebenarnya sy ade terfikir nak guna cahaya lampu bagi menggantikan cahaya matahari selepas sy  tengok omputih pakai cahaya lampu jer berkebun kt dalam rumah dan ade yang buat diruang bawah tanah rumah dia.
sumber : google
sumber : google

 tp sy takde la sampai nak berkebun bawak tanah mcm tu nanti runtuh rumah flat tu hehe.. dan sy ade tanya dgn en Iskandar melalui email, dan En Iskandar kata boleh dgn menggunakan  lampu fluorescent. lega sikit mendengarnya, terima kasih En Iskandar.
dan, projek seterusnya.....
tadaaaaaaaa!!!
hehe.. lampu fluoresen jenama philips 18w da siap dipasang! Terima kasih ayah ;D
kebetulan dirumah sy ade lebihan lampu kepunyaan ayah sy buat stok. Ape lagi, dgn senyuman yg paling cute hehe.. sy minta la 1 dan ayah sy yg tersayang tu siap tolong pasang kat dinding lagi.. hehe.. terima kasih ayah :)

Monday, January 14, 2013

Hobi Baru

Assalammualaikum..

Pada penghujung tahun 2012 yang lalu, saya telah mula mencuba untuk menanam sayur di depan koridor di rumah flat saya, memanglah nampak mcm janggal jer sbb kawasan tu agak terlindung dari cahaya matahari. Tapi saya ingin mencuba rasanya tak salahkan? hehe..
Langkah pertama saya membeli benih secara online dari Diana di http://kebunbahagiabersama.blogspot.com/ dan dari En Iskandar di http://www.tanamsendiri.com/

benih dari diana (kebun bahagia bersama)
benih dari en iskandar (http://www.tanamsendiri.com/)

Wednesday, December 12, 2012

Art Garden & Water Feature

Sempena cuti umum semalam, sy dengan jayanya telah berjaya memaksa memujuk kakak dan abg ipar sy ke nursery yg terletak di pandamaran sebab sekarang ni sy tengah bersemangat nak menanam pokok (wlupon dok kt rumah flat hehe) tp xjumpe plak, sebelum ni selalu kita orang lalu jer kt depan nursery tp kali ni nak singgah xjumpe la pulak.. ish, ish.. kecewa betul. :(
Mase tengah ronda2 dari pandamaran sampai bukit tinggi klang, ternampak la satu nursery ni namanya Art Garden & Water Feature kita orang singgah la, emmm cantik tempatnya, hijau dan sejuk (kebetulan baru lepas hujan) terdapat banyak pokok hiasan terasa macam di Cameron Highlands pulak hehe.. contoh2 kolam air pancut dan taman pon banyak. Sempatlah beli tanah+kompos, pasu kecik, polybag dan semaian tray. Staf yang melayan kita orang pon peramah dan baik :) memang terasa nak datang lagi beli pasu. kalau ade yang berminat nak beli pokok hiasan, kolam, batu2 kolam, tentang harga kat situ boleh dirunding
Art Garden & Water Feature
Address: Lot 45537, Jalan Gambus 2, 41200, Klang, Selangor, 41200
Phone: 016-7828774
jom layan gambar....
pintu masuk

siap ade asap lagi... (-_-")


pokok hiasan

cantik..



tempat letak pasu pon cantik2..

pasu


nampak tak ade sesuatu kat air terjun tu? :)

kura kura

batu-batu untuk taman
tanah 1 bag rm1.00

benih yang diorder dgn en Iskandar
tanah semaian