Nuffnang Ads

Friday, June 21, 2013

Amalan Sunat Hari Jumaat

Assalamualaikum

Amalan Sunat Hari Jumaat






Pada subuh hari Jumaat, maka setiap muslim digalakkan mandi, kemudian memakai pakaian yang berwarna putih kerana pakaian putih lebih disukai Allah. Pakailah minyak wangi yang diharuskan dan berhiaslah dengan memotong rambut, mencukur kumis, memotong kuku dan menggosok gigi.



Sesudah itu bersegeralah ke masjid.. Sabda Rasulullah SAW:


" Sesiapa yang masuk dahulu ke dalam masjid pada hari Jumaat untuk sembahyang Jumaat, maka seolah-olah dia sudah berkorban dengan seekor unta dan orang yang masuk pada waktu yang kedua berkorban dengan seekor lembu dan yang masuk pada waktu ketiga maka seolah-olah dia berkorban dengan seekor kambing dan siapa yang masuk ke masjid pada waktu keempat maka seolah-olah ia berkorban dengan seekor ayam, dan orang yang masuk waktu kelima maka seolah-olah dia berkorban dengan sebutir telur. Maka apabila naik imam ke atas mimbar ditutupnya buku catatan dan diletakanlah pena oleh malaikat dan mereka berkumpul dekat mimbar mendengar khutbah"


Kemudian apabila seseorang memasuki masjid, maka ambillah saf pertama dan apabila saf itu sudah penuh ambillah tempat yang kosong dan jangan melangkahi bahu orang lain serta jangan lalu di hadapan orang sedang sembahyang.

~ Selamat Beramal ~

kredit  : Kasturi Syifa




Thursday, June 20, 2013

Susahnya Kalau dah Terjebak ni!!!!

Assalamualaikum....

Sebenarnya Saya..... Saya... dah jatuh Cinta!! :D
saya sudah jatuh cinta pada Dia.
-
-
-
-
-

Novel

Dan
-
-
-

mereka!!!!

adoi.. dah tak sabar2 nak tunggu hari Jumaat sebab nk tengok dorang ni.. :)

sebelum ni sy tak delah obses sangat dengan drama ni selalu juga tgk dan selalu juga terMiss (sebenarnya, suka juga tengok izzue Islam tu.. ops, suami org tu! hehe..) tapi, selepas jer baca novel dia, saya terus jatuh cinta..!! Walaupun sekarang ni tengah demam cerita Teduhan Kasih, entah macam mana sy kurang minat tengok lakonan Sherry Ibrahim dalam cerita tu sebab sy sudah biasa tengok dia berlakon cerita komedi dan bila dia berlakon watak iffa tu nampak macam kaku jer.. maaf yer bagi peminat cerita Teduhan Kasih, ni cuma pendapat 5 sen sy jer tp sy suka tengok lakonan Sherry Ibrahim dlm cerita Cik Ah Cik Nin dan chapalrela memang kelakar habis :)

disebabkan sy sudah jatuh cinta sekarang ni hari2 sy buka youtube sebab nak tengok episod yang sy terMiss tu.. hahaha.. sabor jerlah..
comel sangat tengok watak Syafa Akira yg dilakonkan Tiz Zaqyah dan Firash Arshad yg dilakonkan abe comel Izzue Islam. Nampak serasi betul gandingan diaorang berdua ni :) soundtrack cerita ni dendangan kumpulan Forteen, pun best sangat..!! (macam manelah dulu boleh tak perasan izzue islam ni anggota forteen? hehe..)



Tajuk lagu: Kita


Penyanyi: Forteen

Kau renunglah wajahku

Dimanakah hilangnya raut seperti dulu bila dicemar air mata

Ku tak mahu berpisah kerana hati masih sayang pada dirimu

Tapi harapan makin kabur



*chorus

Manakah kita jika kau dan aku tidak sekata

Sepi walaupun bila bersama

Dekatkan pun tetapi berjauh hati

Manakah kita bila sering bertentangan sahaja walaupun bibir cuba menyepi

Hakikat percaya tanya dengan jujur

Manakah kita



Dijiwaku sengsara menanggung derita kerana cinta berubah tapi tak akan kehilanganmu

*ulang korus 2 kali





thanks to google



Tuesday, June 18, 2013

Nilai 3 Yang Amat Bernilai Part 2


Ok,  kita sambung jalan2 pulak dekat kedai bunga yg paling gempak kt sini, setiap minggu mereka buat potongan harga 50% untuk semua barangan dalam kedai mereka tapi jualan murah ni hanya untuk ahli jer.. tapi klu nk jadi ahli dia senang jer, syaratnya kena beli 1set mug yg berharga rm10.00 klu tak silap la.. (sori lupe plak hehe..)
selepas tu isi borang dan siap! :)


Rose Garden Home Deco

cantikkan? :)



                           selain dari bunga2, pinggan mangkuk bermotifkan bunga rose pun banyak terdapat disini dan barangan ini termasuk juga potongan harga 50% tu :)




bunga hiasan di siling kedai

potongan 50% utk semua barangan

lavendar tipu.. :P







berbagai jenis bunga rose


disini ada berbagai jenis bunga-bungaan memang rambang mata dibuatnya lebih2 lagi nak dekat raya macam2 pilihan ada, kalau kita nak minta mereka gubahkan bunga yg telah dibeli pon boleh, percuma jer :)

Nilai 3 Yang Amat Bernilai

Assalamualaikum

Kembali bersiaran... Alhamdulillah :)

Hujung minggu lepas sy ikut mak dan ayah pergi ke Nilai 3 N9. Sedikit info tentang Nilai3,
Nilai 3 tempat antara tempat jualan borong terbesar di Malaysia ni, berbagai barang ada dijual disini dengan harga borong dan murah2 lebih2 lagi barangan pengantin, kain, baju, tudung, karpet, perabot kayu, frame dan macam2 lagi barangan rumah dan Nilai3 jugak menjadi tempat tumpuan pelancong serata Malaysia. setiap hujung minggu ade saja bas2 pelancong yg berderet parking dibelakang premis perniagaan kat situ.
Jadi, sape2 yang nak berkunjung ke Nilai 3 tu dipersilakan dan satu tip sy nk share, harus pandai tawar menawar :)

sambung kembali cerita tentang tujuan sy, mak dan ayah kesana kerana nak cari stok setiap bulan.
begitulah rutin mak dan ayah setiap dua minggu sekali atau sebulan sekali, mesti berkunjung ke Nilai 3. Sebenarnya Mak dan ayah sy ni berniaga kecil-kecilan pada jiran2 dan saudara mara jer mak dan ayah menjual barangan rumah seperti tikar, comforter, frame kalimah Allah dan ayat2 suci dan barangan mengikut permintaan pelanggannya :)

Sy memang suka ikut mak dan ayah keluar pergi mana2 hehe.. kadang2 adik beradik yg lain pelik tengok sy suka mengikut mane mak dan ayah pergi walaupun dah besar panjang hehe..takpelah janji sy bahagia :)
oklah, jom layan gambar yg sempat sy ambil :)

berbagai jenis tikar evamatic, tikar buluh dll.

karpet dan permaidani


tikar buluh dan tikar sarawak

berbagai jenis frame..


jam dinding




tikar lagi..

dan lagi...

dan lagi... :P




langsir chiffon 1 panel ni murah jer







 okey, lepas beli langsir dan tikar kita jalan cuci mata pula dekat kedai yg jual perkakas barangan dapur..
jom layan gambar :)





comel lesung batu seramik ni, kecik jer..



pemanggang ajaib pon ada tp ayah kata di langkawi lebih murah.

walaupun sy sudah selalu ikut mak dan ayah pergi ke nilai ni tp sy masih lagi keliru dgn kedudukan kedai2 yg ade disini, klu sy pergi seorang, mesti sesat punya.. sabor jelah.. hehe..


Friday, June 7, 2013

...Back to Nature..

Assalamualaikum


Rutin sy setiap kali nak pergi kerja pagi2, sy mesti melihat ke langit.... sungguh tenang rasa hati lebih2 lagi bila hati ni sedang bersedih... rasa syahdu sangat bila melihat ke dada langit, indahnya.. Subhanallah

Sebenarnya, sejak kebelakangan ni sy selalu bersedih.....
 walaupun masalah sy bukanlah sebesar masalah negara tapi tetap membebankan hati dan perasaan ni... memang sedih bila orang asyik memperkecilkan kita kan? lebih sedih lagi bila orang tu adalah antara orang yg terdekat dgn kita.. 


ermm... sabarlah duhai hati...
 bila sedih2 ni, sy suka tengok bunga2.. mmg mendamaikan... wlupun tak dapat tengok dekat2, tak dapat hidu baunya tp dapat tgk depan computer ni pon dah rasa bersyukur sangat :)


    "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"





"Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah  menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan. Di saat itu dirimulah yang paling hebat"



 "Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

 "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"


"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"


"Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan"



"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti"


"Bersabarlah wahai hati, jangan rebah kerana manusia. Allah ada. Allah pasti akan hantar kebahagian buat kamu apabila tiba waktunya nanti"

kredit : google