Nuffnang Ads

Monday, January 6, 2014

A.B.C - Pantai Remis Jeram, Kuala Selangor

~ Assalamualaikum ~

Sudah lame rasanya sy dan keluarga tak makan A.B.C dan jalan2 ke Pantai Remis.. Kebetulan mak pon nak beli kerang dan lala, jadi berangkatlah rombongan che kiah ke Pantai Remis (walaupun 4 orang jer..)
jom....
-
-
-
-

45 minit kemudian...

ok, dah sampai.... :)

mule2 kita cari parking kete dulu...



lepas tu baru boleh jalan2 sambil tambah stok makanan kering dan basah di rumah pilih jer kat deretan gerai2 kecil yg banyak menjual makanan, ikan kering, ikan, udang, kerang-kerangan seperti lala, semerong, lokan, kerang bulu, kepah, remis dan macam2 barang lagi.



bukan setakat kerang yg belum masak, kulit kerang, remis dan siput pon ade... :)


cantik kan? kreatif betul. biasanya kita lepas makan buang jer tp bg mereka yg kreatif mmg boleh buat duit.







macam2 ikan dan lala yg siap di kopek pon ade,
tinggal cuci dan masak jer :)


geram tengok udang ni....



ni my favorite..... udang ketak :)

first time nampak keropok udang ketak, wajib beli dan bila balik rumah dang goreng,
rasanya boleh tahan la :)  
macam2 ade, pilih jer..

kalau tak silap yg ni kerang bulu, mak pernah masak rendang
 mmg sedap :) rasanya kenyal sikit.

                       siput yg runcing tu sy tak tau la siput ape, tak sempat tanya ke mak.. hehe..



                                             yang besar ni pon sy tak tau ape... hehe..
                                  kt restoran seafood pon rasanya macam tak pernah nampak.
lokan

ketam gantung :P


ok, dah penat tengok2 jom kita selesaikan misi
yg sudah tertangguh..... :)

tp sayangnya gerai yg biasa kami pergi tu tutup, jadi singgah jer lah mane yg ade. sambil tunggu ABC sampai makan dulu gorang pisang panas yg sempat dibeli tadi.. nyum.. nyum..



kalau pg Pantai Remis ni tak sah kalau tak makan kerang bakar :)

akhirnya yg ditunggu2 telah tiba.. hehe


bila sampai jer abc, goreng pisang dan kerang bakar terus letak tepi.. hehe..





ok, dah habis makan kita sambung jalan2 .. :)


ikan kering... udang kering...

damainya tgk ombak :)

jalan2 sambil tgk orang main layang2 di angin sepoi2..

sebenarnya 2, 3 tahun dulu, kami sekeluarga selalu pergi berkelah di pantai remis ni, pernah juga ikut2 orang mencari remis dan mentarang :) mmg seronok sangat, sambil bakar2 ikan yg dibawak dari rumah tp sekarang tempat tu dah semakin kotor, sampah2 org yg berkelah ditinggalkan macam tu jer...  pantai di situ pon semakin terhakis... sy berharap sgt kerajaan negeri Selangor ambil inisiatif untuk memulihara dan mencantikan lagi kawasan itu. sayang sangat klu dibiar begitu sahaja.


gerai jual patung2.. nasib baik si tomey xikut klu x, confirm kena borong ni.. hehe.. 




ok, tamat sudah misi di Pantai Remis...

Tuesday, December 31, 2013

Rujukan : Konsep & Idea Berkebun di Balkoni

~Assalamualaikum~

Akhirnya dapat kembali bersiaran dan berkesempatan nak update blog..
kesian, macam dah bersawang jer.. hehe.. 
rindunya pd semua rakan2 blogger, sy harap semua sihat2 dan ceria2 selalu :)

Tak sangka esok kita akan meninggalkan tahun 2013.. cepat betul masa berlalu. Banyak betul kenangan suka duka tahun 2013 :) tak apalah next entry kita kongsi yer :)

Entry kali ni sy nk kongsi konsep & Idea berkebun di balkoni hasil carian di alam maya.
Sebenarnya entry kali ni buat rujukan untuk kakak sy. Sebab balkoni rumah dia hanya terbiar kosong jer.. sayang betul kalau ruang tu tak dimanfaatkan :)
Jom kita layan gambar :


kemas susun aturnya.


cantik kan? sungguh hijau.. :)

kitar semula :)






 kreatif kan? tapi tak tau la ade jual ke tidak kt sini.


saya paling suka yg ni :) siap ada stoberi lagi .. nyum..nyum..

 yg ni sy suka kemas jer..










 cantik kan? :)


kreatif :)


semuanya cantik2 dan kreatif kan? harap2 lepas ni balkoni dia akan bertambah seri kehijauan :)
Insyallah.
oklah, sampai disini saja entry penutup tahun 2013 ni, panjang umur kita jumpa lagi di tahun baru 2014 :)
Selamat Tahun Baru Semua 2014 : D


credit pic : mr google

Friday, August 30, 2013

Salam Merdeka Raya

....Assalamualaikum....
...kembali bersiaran...
hi.. rasanya masih belum terlewat untuk sy mengucapkan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin

dan esok kita semua rakyat Malaysia akan menyambut,
Hari Kemerdekaan yang ke 56



dan disebabkan kita masih di bulan syawal, maka jadilah Merdeka Raya :)

                                                                      
                                                                            +


=
-Merdeka Raya-
Insya'Allah pada malam merdeka ni sy nak pergi menonton filem Tanda Putera :)


Pengertian Merdeka pada tahun ni tak dapat sy nak ungkapkan, terlalu banyak nak diceritakan tentang Pengorbanan Para Perajurit Negara di Lahad Datu, tentang penghinaan terhadap agama Islam, tentang perpecahan bangsa Melayu, pengkhianatan bangsa lain, dan banyak lagi.. perkara ini sedikit sebanyak menjadikan sy lebih bersifat perkauman...
...

.....
Apa yg sy harapkan agarkan Kemerdekaan dan Kedaulatan Negara akan terpelihara sampai bila2, Insya'allah dan semoga kita semua rakyat Malaysia dapat bersatu tanpa mengira perbezaan politik dan bangsa kita semua dibawah satu panji, Jalur Gemilang bukan sang saka malaya atau bendera cina.

Al-Fatihah buat semua Tokoh2 yg memperjuangkan Kemerdekaan negara dan juga buat semua para Perajurit yg telah terkorban dalam mempertahankan negara..

gambar sumber : google

Wednesday, July 31, 2013

Apa Lagi Palestin Mahu?

Kisah Menyentuh Jiwa


Apa lagi Palestin mahu?



Ada sebuah kisah yang bisa mengetarkan bulu roma tiap kali diperdengarkan. Kisah tentang hati-hati Palestin yang berjiwa besar. Kisah ini diceritakan oleh seorang sukarelawan yang kembali dari Misi ‘Berani Mati’ menghantar bantuan untuk projek-projek di Gaza hasil sumbangan rakyat Malaysia yang berjiwa sang pemberi yang luhur.


Diceritakan sebelum m...enjejakkan kaki ke bumi Gaza, kotak pemikiran masing-masing memikirkan suasana di Gaza dengan yang apa yang tercermin di media dan internet. Segalanya tentang peperangan, wajah-wajah pilu dan menyentap naluri seorang insani, peminta sedekah yang berkeliaran menagih belas kasih. Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bak kata pepatah, ‘indah khabar dari rupa’.

Orang-orang di Gaza menyambut mereka dengan penuh keceriaan. Di wajah mereka, kemanisan sebuah senyuman yang ikhlas tidak menunjukkan mereka sedang dilanda musibah. Sambutan mereka terhadap orang Malaysia memang melangkaui jangkaan asal. Ahli-ahli misi yang bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan yang buruk yang bakal terjadi terkesima kerana disambut dengan begitu ceria dan gembira oleh mereka. Kami seperti terasa berada di suatu planet lain apabila berhadapan dengan susuk-susuk tubuh berjiwa besar, berhati syurga ini.

Kanak-kanak yang dijumpai, pemalunya bukan kepalang lebih-lebih lagi apabila mengetahui bahawa mereka akan menerima pemberian. Lagaknya seperti seorang anak gadis suci yang menerima pinangan dari lelaki soleh. Maruah mereka cukup tinggi. Tidak meminta-meminta walaupun tidak berpunya.

Ada suatu saat di mana salah seorang ahli misi hanya mempunyai baki beberapa biji gula-gula yang memang disediakan untuk kanak-kanak Gaza. Mereka memanggil salah seorang kanak-kanak yang disangka bersendirian waktu itu. Apabila dipanggil ternyata dia dan kawannya yang seramai lebih kurang 5-6 orang datang kepada ahli misi. Walaupuan agak kaget kerana gula-gula yang hendak diberikan ternyata tidak cukup untuk diberikan, namun memandangkan niat asal untuk memberi, maka diteruskan juga.

Subhanallah, salah seorang budak yang menerima gula-gula itu lantas mematahnya gula-gula kepada beberapa bahagian dan membahagi-bahagikan sesama mereka. Betapa besarnya jiwa mereka serta halusnya akhlak mereka. Sudahlah tidak sekalipun meminta, malah diminda hanya memikirkan tentang orang lain.

Di suatu tempat di sebuah sekolah tahfiz yang menempatkan kanak-kanak dan remaja Palestin yang dididik untuk menghafaz dan menghayati bait-bait cinta daripada Allah. Ketika menziarahi mereka, seorang ahli misi bertanyakan adakah mereka sudah makan kerana sangkaan mereka kemungkinan besar mereka sudah makan tengahari kerana pada waktu itu sudah lewat petang. Salah seorang remaja yang agak tua sedikit berbanding yang lain memberitahu bahwa mereka sudah makan. Sedang mereka meninjau-ninjau tempat tersebut, seorang kanak-kanak kecil yang lebih kurang dalam umur 8-9 tahun menarik perlahan-lahan baju ahli misi ini tadi. “Pakcik, abang tu tidak bercakap benar. Sebenarnya kami belum menjamah apa-apa makanan lagi.” Dengan terkejutnya, ketua misi meminta sahabat-sahabat yang lain mengambil lebihan roti yang tinggal sedikit dan memang tidak cukup untuk semua pelajar sekolah itu. Tiba saat untuk roti-roti itu dibahagikan, dengan cepatnya abang-abang besar ini tadi mengambil roti-roti tersebut. Dalam hati ahli misi ini tadi, “Sebentar tadi, baru cakap sudah makan, ini dia pula yang pantas menyambut roti-roti itu.” Rupa-rupanya apa yang berlaku, abang-abang besar tadi mengambil roti-roti itu dan dibahagi-bahagikan kepada adik-adik kecil tadi.

Apabila ditanya kepada anak-anak Gaza, “Adakah kamu ingin mengikut kami ke belajar atau bekerja Malaysia?”

Jawab mereka dengan sopan, “Terima kasih. Syurga sedang merindui kami.”

Apa lagi yang Palestin mahu?? Hanya satu kata melambangkan seribu pengertian…SYAHID

Sebetulnya, mereka tidak memerlukan sumbangan kita. Tetapi kitalah yangsebenarnya memerlukan mereka kerana kewajipan setiap umat Islam itu mempertahankan Bumi Al-Aqsa dari noda-noda kuasa luar.

"Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, bahkan mereka adalah hidup di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki, mereka bersukacita dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira dengan berita baik mengenai orang-orang yang masih tinggal di belakang, yang belum sampai kepada mereka, bahawa tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman". Ali Imran (169-171)

Alhamdulillah, terima kasih rakyat Malaysia! Ayuh tingkatkan amal kita pada 10 Ramadhan terakhir!

Ayuh salurkan sumbangan anda kepada Tabung Projek Ramadhan bersama Aqsa Syarif di Palestin.
Antara Pakej sumbangan:

1) Iftar di Gaza & Masjid Al-Aqsa (RM50/set)

2) Ramadhan Food Pack (RM300/set)

3) Eid Gift (RM150/set)

4) Back2School (RM150/seorang)
Ayuh berikan sumbangan terbaik anda!


1) Salurkan sumbangan anda ke akaun AQSA SYARIF BERHAD,

Maybank Islamic (551575-004299) atau Bank Islam (1209-20100-34904)

2) Maklumkan melalui e-mail, nama beserta bank-in slip kepada account@aqsasyarif.org.my

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi:

Aqsa Syarif HQ: 03-873346361.

Sumber: Aqsa Syarif Negeri Sembilan

Terima kasih : Aqsa syarif