Nuffnang Ads

Friday, January 18, 2013

Projek Terbaru

PROJEK TERBARU
Selepas kegagalan projek pertama tu, sy telah mendapat idea untuk memanfaatkan satu2nya tempat dalam rumah sy yang mendapat sinaran matahari - Dalam Bilik Air - (sila jangan gelak hehe..)
Dengan menggunakan botol minuman yang dikitar semula menjadi pasu gantung dan menggunakan tanah + kompos yang dibeli di nursery tempoh hari, sy telah memulakan projek ini dengan harapan semuanya dapat bercambah dengan baik.

1MINGGU
selapas 1minggu dan beginilah rupanya botol kitar semula dan digantung didinding bilik air
sumber cahaya, oleh kerana nak mendapatkan cahaya yg banyak, cermin tingkap jadi mangsa sy tanggalkan 2biji hehe,,


Minggu ke2 sy alihkan anak benih ni didepan tingkap supaya dapat membesar dgn lebih cepat dan sempurna :)
 
lobak putih ni memang cepat membesar :)
semoga semuanya dapat membesar dgn baik :)

Alhamdulillah,
setakat ni semua yang dirancangkan berjalan dgn baik. Rancangan seterusnya, apabila anak benih ni sudah kuat dan sedia dialih, sy akan tempatkan di depan koridor rumah dan menggunakan cahaya lampu sepenuhnya. Semoga semua dipermudahkan Amin.

p/s : sekiranya ada yg nak memberi cadangan dan tunjuk ajar, amat2 lah sy hargai terima kasih :D

10 comments:

  1. wah keep up the good work...good luck yer
    dah keluar daun ketiga keempat alihkan lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks :) ok, sy pon da tak sabar nak tunggu daun ke4 tumbuh.. harap2 semuanya ok. insyaallah.

      Delete
  2. insya-Allah. moga lobak putih ni membesar dan keluarkan hasil. saya tak ada luck dengan lobak putih. selalu tak berubi. good luck ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih insyaallah. sy baru pertama kali nak tanam lobak.. takut juga ni.. hehe.. ape2 pon kenalah sabar mengunggu ape hasilnya, jauh lagi perjalannya hehe..

      Delete
  3. usaha yg.baik.Terimakasih beri idea ni..boleh tiru ni utk.pancing murid2 buat projek sains.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2, boleh kak ape salahnya :) kita kitar semula.

      Delete
  4. Salam kenal,

    Idea yg baik utk cambah benih. Kalau nak serikan bilik air dgn pokok hiasan berjurai pun bagus juga ya, sbb boleh lihat perlu siram atau x!

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal,
      terima kasih sudi singgah :)
      hehe.. terima kasih sekali lagi :) kt dlm bilik air jer ade sinaran matahari jd sy cuba2 nasib hehe.. btl tu, klu tanam pokok hiasan pon ok, kompom xlupa siram :)

      Delete