Nuffnang Ads

Thursday, February 7, 2013

Popia Seaweed : Rezeki Di Tahun Baru Cina

Assalammualaikum..


Popia Seaweed
Selain dari kuih sepit dan kerepek ngaku, popia seaweed ni antara kerepek yang menjadi kegemaran orang cina sewaktu sambutan Tahun Baru Cina. Kalau lalu dekat sebelah restoren cina, mesti ade 1 meja yg menempatkan kerepek2 untuk dijual termasuklah popia seaweed ni.Kerepek ni memang sedap dan kalau dah makan xboleh berhenti tau hehe..

sebahagian dari tempahan kawan2 :)
 Terima kasih pada kak maria yg telah memperkenalkan sy dgn kerepek popia seaweed ni lebih kurang 6 tahun yg lalu. Sejak tu sy selalu buat bile terasa nk makan sekarang ni ramai dah orang melayu yg menyukai popia seaweed dan sejak 2 tahun yg lalu sy mula menerima tempahan kecil-kecilan dari kawan2 tak kira cina atau melayu sama ada di Tahun Baru Cina atau di Hari Raya Aidilfitri.
Kalau ade yg nak mencuba resepinya jom kita tengok :)

EITHUSA POPIA SEAWEED

KULIT POPIA (yang 50 pcs tu)
NORI / SEAWEED (yang kecil tu)
TELUR AYAM (dipukul)
BLACK PEPPER (sy guna jenama aji-shio ade perasa sikit )
MINYAK (untuk menggoreng)

mula-mula, ambil sekeping kulit popia dan sapu telur dan susun seaweed pada kulit popia tu, kemudian taburkan sedikit serbuk black pepper dan sapu lagi dengan telur dan tutup dengan sekeping lagi kulit popia di atasnya.
Kemudian gunting kecil2 dan goreng hingga garing.
Tunggu hingga sejuk dan simpan dalam balang dan siap untuk dimakan!
* amat sedap dimakan sewaktu menonton tv sebagai kudap2 :)*
*tips*
- asingkan/ceraikan selapis2 kulit popia tu awal2 untuk memudahkan keje.
- sekiranya guna seaweed yg kecil tu, buka plastik 5minit lebih awal dan dalam 1 peket kecil tu ade 3 pcs seaweed dan simpan dalam bekas kedap udara.


sy guna seaweed yg kecil tu.
(gambar : google)
updates 18/05/2013 : cik nohayati diatas ni adalah rupa seaweednya, boleh beli mana2 pasaraya, contohnya : Jaya jusco, giant, tesco dan 99 pon ade. Cari dibahagian makanan ringan.

10 comments:

  1. Assalammualaikum dik,
    Alhamdulillah dah sihat ye.
    Oh sedapnya POPIA SEAWEED.Ambik tempahan ke?
    Bagus ada juga aktiviti sampingan. Terimakasih kongsikan resepi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam kak :)
      Alhamdulillah, selepas jalani sesi rawatan urut mengurut dgn mak sy, dah baik :)
      ya kak sedap ^-^ cubalah, sy ambik order sikit2 jer :)

      Delete
  2. dh lama teringin nk makan, saya print blog ni utk dptkan resepinya dan minta wife saya buatkan.

    tq. dan salam kenal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal :)
      terima kasih sudi singgah
      dan bolehlah cuba, resepinya mudah jer, bukan setakat isteri, en Izman pon boleh cuba buat sekali :)
      selamat mencuba ya.

      Delete
  3. seeweed tu nak dapat kat ner,ada jual kat ner ye,bentuk camner

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dah update utk norhayati kt atas, nnti tgk yer cuma sy tak ada gambar seaweed yg sy biasa guna tu. tp sy selalu beli di 99.

      Delete
    2. Klaw jual seblg tu brapa gm n hrga nya brapa

      Delete
    3. sy jual rm15.00 sebalang yg besar mcm dlm gambar kt atas tu, berat pulak lupa la berapa gram.. tp biasa orang lain jual dlm rm20.00 utk balang besar dan rm15.00 utk balang kecil. sy jual murah sbb kawan2 yg order.

      Delete
  4. hi, apa jenama seaweed tu yer? tq :)

    ReplyDelete