Nuffnang Ads

Monday, March 18, 2013

Soup of the day...

Assalammualaikum...

Baru2 ni sy pergi makan western food di Artisan Kitchen di MBO bersama kakak + si tomey & adik perempuan sy.
Makanan kat situ bolehlah tahan dan harganya amatlah berpatutan, sy makan Chicken Chop + Ais Lemon Tea hargannya lebih kurang RM13.99 kot.. lupa pula sebab orang belanja hehe...
Kebetulan kakak sy ade order mushroom soup, ermm boleh tahan juga sup tu dan si tomey yg paling suka.. hampir habis semangkuk dia habiskan.. hehe..

lebih dari separuh si tomey tu makan.. :)
Ermm.. nampaknya si tomey ni mengikut jejak mak ngah dan mak su dia giler mushroom sup! huhu.. dan disebabkan rasa kasih yg mendalam chewah! hehe.. mak ngah nya dengan rasa kasih menggunung merajinkan diri untuk memasak sup cendawan untuk si tomey (sebenarnya mak ngah jer yg nk makan lebih hehe...) resepi ni sy ambil dari blog kakjee memang sedap dan amat simple :D

kak jee, sy minta izin nak copy resepi kak jee disini ye :) dan kalau ade yg nak tengok versi asalnya boleh klik disini.

FRESH MUSHROOM SOUP

BAHAN2 UNTUK DUA ATAU TIGA MANGKUK:


*2 mangkuk cendawan (sy guna 1 peket cendawan fresh)
*2 biji bawang sederhana besar

1 sudu besar butter

2 sudu besar minyak zaiton (sy guna minyak biasa)

1 kiub ayam knorrs/maggie

setengah cawan air

susu segar (sy guna 1 kotak kecil)

1 sudu besar tepung gandum

lada hitam

CARA MEMBUATNYA:

Bahan * dicincang halus.
Panaskan kuali/sauce pan dan letakkan butter dan minyak.
Bila butter dah cair, masukkan bawang dan goreng kira2 lima minit. kemudian masukkan cendawan dan goreng lagi sampai rata.
taburkan tepung dan kacau pantas dan biarkan tepung masak seketika. kemudian bubuh air setengah cawan dan sambung masak.
masukkan kiub ayam yang telah dipecah2kan ke dalam kuali tadi.
kacau sampai rata pastu masukkan susu segar mengikut kepekatan yang dikehendaki.
bubuh lada hitam dan kacau. rasa dulu sebelum bubuh garam lagi kerana kiub ayam agak masin.
biarkan mendidih diatas api yang perlahan sehingga dirasakan cendawan sudah betul2 masak.
(kepekatan sup ikut citarasa masing2. kalau terlalu pekat, boleh tambah air ataupun susu lagi. itu jer. senang kan. hah lepas ni tak payah beli yang dalam tin lagi sbb pastinya ada bahan pengawet.)

makan dengan garlic bread, mmg sedap!
Selain, sup cendawan, sy juga ada mencuba resepi Sup Bawang, ermm.. boleh tahan juga rasanya. Sedap dimakan waktu malam :)
sup bawang dimakan dengan roti perancis.
Sup bawang tu memamg sedap dimakan panas2 bersama roti perancis (sy xsempat nak bakar roti perancis tu, sebab xsabar nak merasa sup bawang tu hehe..)
Sebenarnya sy dah lama nak cuba resepi Sup Bawang ni lepas baca buku Harry Potter hehe... di sini copy kan resepi yg diambil dari blog Resepi Malaya kalau xsilap.. (maaf sebab resepi dah lama dlm simpanan hingga lupa diambil dari siapa.. )

SUP BAWANG – RESEPI MALAYA


1 biji bawang – (sy guna bawang holand besar & dihiris)
800 ml air/stok daging

1 kiub stok daging maggie/knor

1 tsp cider vinegar – untuk rasa masam (klu xde pon xper)

1-2 tbsps butter – untuk saute bawang

garam & lada hitam

Cara masak :

1. Panaskan periuk, cairkan butter, saute bawang dengan api perlahan sampai bawang layu dan bertukar warna perang tabur garam sikit, gaul rata.
2. Bila bawang da bertukar warna perang tu, tuang air tadi, kiub stok daging, cider vinegar, and biar mereneh 10-20 minit
3. Bila dah 20 minit, baru lah letak garam and lada hitam serbuk dan siap untuk dihidangkan

selamat mencuba :)




5 comments:

  1. sy penah try wat sup resipi kak jee tu..menjadi sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. tulah sis, sy menyesal xcuba awal2 dulu, dah bertin2 sy beli sup kimball hehe..

      Delete
  2. pandainye eithusa masak.Sedap tu..terimakasih kongsikan menu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu ringkas jer kak, cubalah senang, ringkas dan sedap :)

      Delete
  3. Salam bleh tau x kalo ikut resipi sup bawang ni dpt bpe mgkuk sup ye? Igt nk try buat 1 mgkuk je dlu.. thanks

    ReplyDelete