Nuffnang Ads

Friday, June 7, 2013

...Back to Nature..

Assalamualaikum


Rutin sy setiap kali nak pergi kerja pagi2, sy mesti melihat ke langit.... sungguh tenang rasa hati lebih2 lagi bila hati ni sedang bersedih... rasa syahdu sangat bila melihat ke dada langit, indahnya.. Subhanallah

Sebenarnya, sejak kebelakangan ni sy selalu bersedih.....
 walaupun masalah sy bukanlah sebesar masalah negara tapi tetap membebankan hati dan perasaan ni... memang sedih bila orang asyik memperkecilkan kita kan? lebih sedih lagi bila orang tu adalah antara orang yg terdekat dgn kita.. 


ermm... sabarlah duhai hati...
 bila sedih2 ni, sy suka tengok bunga2.. mmg mendamaikan... wlupun tak dapat tengok dekat2, tak dapat hidu baunya tp dapat tgk depan computer ni pon dah rasa bersyukur sangat :)


    "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"





"Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah  menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan. Di saat itu dirimulah yang paling hebat"



 "Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

 "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"


"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"


"Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan"



"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti"


"Bersabarlah wahai hati, jangan rebah kerana manusia. Allah ada. Allah pasti akan hantar kebahagian buat kamu apabila tiba waktunya nanti"

kredit : google

4 comments:

  1. walaikumsalam dik.
    Cantikkan.kalau ciptaan Nya dah secantik ini, penciptanaya lagilah 'Maha cantik' lagi Maha Mencipta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ermm. betul tu kak :) semoga kita tak pernah terleka akan keindahan dunia semata hingga terlupa pada yg Maha Pencipta Insyallah :)

      Delete
  2. bersabar banyak2 sambil berzikir, bertasbih membasahi bibir dgn ayat2 suci akan tenanglah hatimu seindah awan di dada langit...subhanallah

    ReplyDelete