Nuffnang Ads

Monday, July 29, 2013

Mencari Lailatul Qadar

~ Assalamualaikum ~

“GANDAKAN AMALAN DI AKHIR RAMADHAN ”


sumber : goggle
 
Hari dan minggu berlalu begitu cepat, tanpa disedari kini kita sudah pun berada di sepuluh terakhir Ramadhan. Maka tempoh terakhir ini adalah masa bernilai dan berharga yang perlu direbut oleh kita semua bagi mereka yang beriman dan bertakwa kepada Allah SWT.
 

Allah SWT telah menganugerahkan kepada hamba-Nya di dalam bulan Ramadhan satu malam yang dinamakan Lailatul Qadar. Pahala beribadat pada malam itu menyamai pahala seribu bulan. Malam itu juga malam yang paling istimewa dalam kehidupan manusia dan malam yang terbaik bagi umat Islam kerana diturunkan al-Quran al-Karim.

Pada malam itu juga turunnya Malaikat memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat Allah yang dikhaskan untuk malam itu. ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia.

Lailatul Qadar adalah malam yang amat ditunggu-tunggu oleh mereka yang menginginkannya kerana ia hanya berlaku pada satu malam sahaja sepanjang tahun. Lailatul al-Qadar mempunyai kelebihan yang begitu besar, maka seharusnya kita berusaha dan tidak mensia-siakan peluang malam yang dijanjikan itu. Bagi orang yang beriman mereka berazam mencari peluang yang disediakan dengan berlumba-lumba untuk bangun di malam yang hening dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala dari Allah SWT sepertimana sabda Rasulullah SAW :

Maksudnya: “ Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam ganjil pada sepuluh hari yang terakhir pada bulan Ramadhan.” (Riwayat al-Bukhari)

 
Rasulullah SAW apabila berada pada 10 malam yang terakhir beliau menghidupkan malam-malam tersebut dengan melakukan ibadat sebagaimana yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RA katanya: “ Sesungguhnya Nabi SAW. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah.”


Antara amal soleh dan kebajikan yang dituntut pada 10 terakhir ramadhan adalah seperti beriktikaf di masjid-masjid, bertadarus al-Quran, memperbanyakkan zikir-zikir, memperbanyakkan solat-solat sunat, menghadiri kuliah dan takzirah Ramadhan. Satu lagi perkara kita dituntut melakukan ialah bersedekah samada kepada fakir miskin, anak yatim dan sesiapa sahaja yang memerlukan bantuan.

Sebagai kesimpulan, marilah sama-sama kita merebut peluang keemasan yang diberi oleh Allah SWT pada fasa yang terakhir ini. Mudah-mudahan Ramadhan yang kita tempuhi tahun ini akan menjadi titik perubahan dalam diri kita untuk menjadi insan yang bertakwa dan diredhai Allah SWT di dunia dan di akhirat.


goggle
                                      
Sumber: http://www.islam.gov.my/khutbah-online

Alhamdulillah.. sudah menjejaki 20 Ramadhan .. Sungguh cepat masa berlalu, rasanya macam baru jer berpuasa... oleh itu marilah kita sama2 melipatkan gandakan amalan kita di 10malam terakhir dan semoga amalan kita diterima Allah amin...

2 comments:

  1. Amin. Assalammualaikum dik.
    Selamat menjalani ibadat puasa dan semoga tercapai segala hajat dihati dan sentiasa dalam keberkatan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam kak puteri :)
      terima kasih kak, semoga akak dan keluarga juga sentiasa dlm keberkatan Allah :)

      Delete