Nuffnang Ads

Tuesday, June 18, 2013

Nilai 3 Yang Amat Bernilai Part 2


Ok,  kita sambung jalan2 pulak dekat kedai bunga yg paling gempak kt sini, setiap minggu mereka buat potongan harga 50% untuk semua barangan dalam kedai mereka tapi jualan murah ni hanya untuk ahli jer.. tapi klu nk jadi ahli dia senang jer, syaratnya kena beli 1set mug yg berharga rm10.00 klu tak silap la.. (sori lupe plak hehe..)
selepas tu isi borang dan siap! :)


Rose Garden Home Deco

cantikkan? :)



                           selain dari bunga2, pinggan mangkuk bermotifkan bunga rose pun banyak terdapat disini dan barangan ini termasuk juga potongan harga 50% tu :)




bunga hiasan di siling kedai

potongan 50% utk semua barangan

lavendar tipu.. :P







berbagai jenis bunga rose


disini ada berbagai jenis bunga-bungaan memang rambang mata dibuatnya lebih2 lagi nak dekat raya macam2 pilihan ada, kalau kita nak minta mereka gubahkan bunga yg telah dibeli pon boleh, percuma jer :)

Nilai 3 Yang Amat Bernilai

Assalamualaikum

Kembali bersiaran... Alhamdulillah :)

Hujung minggu lepas sy ikut mak dan ayah pergi ke Nilai 3 N9. Sedikit info tentang Nilai3,
Nilai 3 tempat antara tempat jualan borong terbesar di Malaysia ni, berbagai barang ada dijual disini dengan harga borong dan murah2 lebih2 lagi barangan pengantin, kain, baju, tudung, karpet, perabot kayu, frame dan macam2 lagi barangan rumah dan Nilai3 jugak menjadi tempat tumpuan pelancong serata Malaysia. setiap hujung minggu ade saja bas2 pelancong yg berderet parking dibelakang premis perniagaan kat situ.
Jadi, sape2 yang nak berkunjung ke Nilai 3 tu dipersilakan dan satu tip sy nk share, harus pandai tawar menawar :)

sambung kembali cerita tentang tujuan sy, mak dan ayah kesana kerana nak cari stok setiap bulan.
begitulah rutin mak dan ayah setiap dua minggu sekali atau sebulan sekali, mesti berkunjung ke Nilai 3. Sebenarnya Mak dan ayah sy ni berniaga kecil-kecilan pada jiran2 dan saudara mara jer mak dan ayah menjual barangan rumah seperti tikar, comforter, frame kalimah Allah dan ayat2 suci dan barangan mengikut permintaan pelanggannya :)

Sy memang suka ikut mak dan ayah keluar pergi mana2 hehe.. kadang2 adik beradik yg lain pelik tengok sy suka mengikut mane mak dan ayah pergi walaupun dah besar panjang hehe..takpelah janji sy bahagia :)
oklah, jom layan gambar yg sempat sy ambil :)

berbagai jenis tikar evamatic, tikar buluh dll.

karpet dan permaidani


tikar buluh dan tikar sarawak

berbagai jenis frame..


jam dinding




tikar lagi..

dan lagi...

dan lagi... :P




langsir chiffon 1 panel ni murah jer







 okey, lepas beli langsir dan tikar kita jalan cuci mata pula dekat kedai yg jual perkakas barangan dapur..
jom layan gambar :)





comel lesung batu seramik ni, kecik jer..



pemanggang ajaib pon ada tp ayah kata di langkawi lebih murah.

walaupun sy sudah selalu ikut mak dan ayah pergi ke nilai ni tp sy masih lagi keliru dgn kedudukan kedai2 yg ade disini, klu sy pergi seorang, mesti sesat punya.. sabor jelah.. hehe..


Friday, June 7, 2013

...Back to Nature..

Assalamualaikum


Rutin sy setiap kali nak pergi kerja pagi2, sy mesti melihat ke langit.... sungguh tenang rasa hati lebih2 lagi bila hati ni sedang bersedih... rasa syahdu sangat bila melihat ke dada langit, indahnya.. Subhanallah

Sebenarnya, sejak kebelakangan ni sy selalu bersedih.....
 walaupun masalah sy bukanlah sebesar masalah negara tapi tetap membebankan hati dan perasaan ni... memang sedih bila orang asyik memperkecilkan kita kan? lebih sedih lagi bila orang tu adalah antara orang yg terdekat dgn kita.. 


ermm... sabarlah duhai hati...
 bila sedih2 ni, sy suka tengok bunga2.. mmg mendamaikan... wlupun tak dapat tengok dekat2, tak dapat hidu baunya tp dapat tgk depan computer ni pon dah rasa bersyukur sangat :)


    "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"





"Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah  menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan. Di saat itu dirimulah yang paling hebat"



 "Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

 "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"


"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"


"Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan"



"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti"


"Bersabarlah wahai hati, jangan rebah kerana manusia. Allah ada. Allah pasti akan hantar kebahagian buat kamu apabila tiba waktunya nanti"

kredit : google