Nuffnang Ads

Friday, June 7, 2013

...Back to Nature..

Assalamualaikum


Rutin sy setiap kali nak pergi kerja pagi2, sy mesti melihat ke langit.... sungguh tenang rasa hati lebih2 lagi bila hati ni sedang bersedih... rasa syahdu sangat bila melihat ke dada langit, indahnya.. Subhanallah

Sebenarnya, sejak kebelakangan ni sy selalu bersedih.....
 walaupun masalah sy bukanlah sebesar masalah negara tapi tetap membebankan hati dan perasaan ni... memang sedih bila orang asyik memperkecilkan kita kan? lebih sedih lagi bila orang tu adalah antara orang yg terdekat dgn kita.. 


ermm... sabarlah duhai hati...
 bila sedih2 ni, sy suka tengok bunga2.. mmg mendamaikan... wlupun tak dapat tengok dekat2, tak dapat hidu baunya tp dapat tgk depan computer ni pon dah rasa bersyukur sangat :)


    "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"





"Musibah yang menimpa akan mendekatkan dirimu dengan Allah  menyebabkan tanganmu memohon padaNya, air matamu insaf berlinangan. Mengajarmu tentang doa dan harapan, rayuan dan rintihan. Menghilangkan darimu kesombongan dan keangkuhan. Di saat itu dirimulah yang paling hebat"



 "Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

 "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"


"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"


"Hidup memerlukan pengorbanan, pengorbanan memerlukan perjuangan, perjuangan memerlukan ketabahan, ketabahan memerlukan keyakinan, keyakinan pula menentukan kejayaan, kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan"



"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti"


"Bersabarlah wahai hati, jangan rebah kerana manusia. Allah ada. Allah pasti akan hantar kebahagian buat kamu apabila tiba waktunya nanti"

kredit : google

Thursday, May 23, 2013

Craving For Something Sweet!!

~ Assalamualaikum ~

Hi.. Petang2 ni sambil menghadap computer, entah kenapa tekak ni tiba2 jer nak makan manis-manis.....

 nyum.. nyum..
tapi..
mane boleh makan...... DIET!!!!!!

adoi, kenapalah bila diet ni selalu rasa nak makan macam2?? bila tak diet atau puasa ok jer...
takpelah, kalau tak boleh makan, kita layan jelah gambar2 yang di ambil dari fb
picture credit : FOOD ART

biskut ni, kalau buat untuk si tomey mesti dia suka :)

masa sy kecil2 dulu, sy selalu ingat candy house ni betul2 wujud.. hehe.. kuat betul pengaruh tv :P

oklah, selamat bercuti buat semua :)

Tuesday, May 14, 2013

~ Selamat Hari Lahir Ayah & Selamat Hari Ibu buat Mak ~

Assalammualaikum

ermm.. dah lama tak bersiaran, sejak bulan lepas agak sibuk dan banyak aktiviti. Walaupun PRU13 sudah berlalu dan kerajaan telah terbentuk tp demam PRU13 masih lagi terasa panasnya.. di fb masih lagi dihidangkan dengan cerita2 panas mengenai kenaikan harga barang walaupon hakikatnya tak naik pon!
(mereka ni dah xde kerja agaknya, suka buat cerita mengarut jer!)
oklah, cukuplah setakat ini cerita mengenai PRU13 (wlaupun sakit hati)

Beberapa minggu yg lalu, ayah sy menyambut hari lahirnya yg ke51 tahun..
selamat hari lahir ayah!!
Tak sangka, sudah 51tahun umur ayah.. Syukur pada Tuhan kerana telah memberikan sy dan keluarga seorang ayah yg baik dan penyayang. 5 tahun dulu, kami hampir kehilangannya akibat kemalangan, namun Allah masih memberi kami peluang untuk merasai kasih sayang ayah hingga kini.. Alhamdulillah..

Semoga ayah dipanjangkan usia, semoga diberikan kesihatan yg baik dan semoga ayah memperoleh semua keberkatan didunia dan akhirat.. amin..

terlalu banyak jasa ayah dalam mendidik sy dan adik beradik.. terima kasih ayah, semoga sy dapat membalas jasa ayah dan mak :)

selamat hari ibu buat mak

Selamat hari ibu buat mak yg tersayang! walaupon sebenarnya setiap hari pon adalah hari ibu tp tak salah rasanya untuk membuat hati mak sy lebih gembira dengan sebiji kek kegemaraan dan sejambak bunga :) sayaaaaaaang mak! 

Wednesday, April 24, 2013

Tak apa, esok diet balik...



kembali bersiaran :)
Alhamdulillah, selepas beberapa minggu berdiet ni, sy berjaya juga turun 4kg :)
tp itu pon selalu juga ponteng diet hehe.. banyak betul dugaan terutama setiap kali hari ahad,
apa nak jadilah, nafsu ni semakin ditahan, semakin menggila pulak. Mana tidaknya, sampai biskut tawar sitomey punya sy tengok berselera!  cian sitomey mak ngah makan biskut dia hehe.. nanti mak ngah ganti yer..

Baru2 ni ayah sy pergi ke Langkawi atas urusan kerja, dan bila balik jer macam biasalah mesti borong coklat, kuah rojak makbee dan mangga. ayah sy kalau borong coklat, boleh kalah tau orang perempuan hehe.. coklat paling suka dia beli, Coklat Daim, Coklat Kisses dan Coklat Toblerone.
dan untuk sy yg sedang berdiet ni, ayah belikan coklat ni,
-
-
-
-

ini coklat yang ayah beli untuk sy hehe..
Terima kasih ayah.
ayah kata coklat ni tak manis sangat, jadi orang diet boleh makanlah.ayah kata dia dah tanya dengan pekerja kedai tu ( terharu sy tau dengar ayah cakap macam tu... ) tp sy ingat nak tunggu berat turun banyak  lagi baru nak makan coklat ni, konon2 nak buat hadiah utk diri sendirilah bila dah dapat turun berat yg lebih banyak nnti tapi kan,,, setiap kali ayah balik kerja dan bila dia ternampak jer muka sy, mesti dia akan tanya, "dah makan ke cokat tu? coklat tu x manis kan?" pada hari pertama dan kedua, sy masih boleh lagi bagi alasan sambil senyum, nak tunggu berat turun banyak sikit baru makan.

Tapi bila hari ketiga ayah masih tanya lagi, " dah makan dah coklat tu?" dan bila sy jawab "blom" ayah cuma diam jer dan wajah dia pun macam muram sikit... alamak! sy rasa bersalahlah pulak....
 dan tanpa  berlegah zupppp! terus sy makan coklat tu dengan rasa senang hati hehehe.. selepas beberapa hari menahan nafsu..
hohoho... memang sedap! terima kasih yer ayah :)
disebabkan diet sy dah kontoi pada hari tu, sy dengan rasa gembira, terus ambik kuah rojak makbee dan makan dengan mangga! hehe... dan juga coklat yg lain ayah sy beli pon sy baham makan hehe.. masa tu berkata2 dalam hati, "takper, esok diet balik ye" hehe..



Saturday, April 6, 2013

Diet Lagi??

                                           Assalamualaikum..


      Diet lagi ke cik Eithusa???  hehe.. Buat sekian kalinya, sy dalam usaha berdiet untuk membuang segala lemak2 yg telah terkumpul sejak sekian lamanya.. huhu... Ini adalah antara azam tahun baru yg dah tak baru lagi sejak bertahun2 lamanya..........zzzzzz

     Sebelum ni, dah bermacam2 jenis ubat kurus, teh kurus dan kopi kurus sy cuba tapi kurang memberikan kesan terhadap sy ni... (sebenarnya malas nak buat senaman dan control makan)

antara produk yg pernah sy cuba dan masih ada dalam simpanan
 ( sila abaikan background yg ceria kepunyaan si tomey)

yg ni pon sy pernah cuba dalam 2 kotak, berat badan cuma turun3 kilo itupon dgn diet yg
ketat dan senaman. (nasib baik dr Rozmey bg free, kalau tidak membazir jer beli mahal2... huhu..)
Sy pernah jugak pergi satu pusat perlansingan ni, tp sy cuma buat rawatan untuk kempiskan perut jer, lain2 rawatan xbuat sebab mahalnya ya ampunnnnn! itu pon sebab terjebak dgn godaan consultant dia yg ramah tamah dan sopan santun.. hehe..
Rawatan yang sy buat tu berharga Rm399 untuk 10x sesi.

Tapi hasilnya cume hilang lebih kurang 1inci jerrrrrr.. (rasanya macam tak sampai kot..) pastu consultant tu suruh sy sambung rawatan yg berharga rm14++   -pengsan-
alasan mereka suruh sy sambung rawatan sebab kata mereka lemak dibadan sy ni dah pejal.. jadi kena guna rawatan yg lebih maju lagi.. sabor jelah. ermm kali ni tak tergoda pon sebab xsanggup nk keluar duit sebanyak tu.. lebih baik sy gi makan kenyang2 ngan duit tu hehe....

Jadi tahun ni, sy nak diet betul2 sy dah banyak sangat sy buang masa dan buang duit.. hehe.. Insya'allah, dalam masa terdekat ni nak sambung balik berkebun, kalau ade rezeki bolehlah tanam salad, nyum.. nyum..

gambar hiasan (sumber : en google)


Semoga kali ni sy berjaya dalam diet dan dapat menurunkan berat badan.. Insya'allah, doakan ya :)

Friday, March 29, 2013

Jom kita Kitar Semula Part II

Assalammualaikum..

Jom kita sambung cuci mata :)
menggunakan botol minuman


tin minuman





Tambah kapsyen

menggunakan kulit telur

ermm cantiknya bunga2 ni :) ditanam dalam periuk lagi hehe..

guna kertas tisu tandas yg dah habis guna

sumber : Google

Friday, March 22, 2013

Jom kita kitar semula!

Assalammualaikum...

Hi! selamat petang...
hari ni nak cerita sikit tentang budaya kitar semula.
sy kagumlah dengan mereka yang bijak menggunakan barang yang hendak dibuang menjadi sesuatu yang sangat berguna! sangat, sangat, sanggaaaaat kagum! terutama omputih, mereka ni memang kreatiflah. Kalau sy ada masa kt opis, sy selalulah jugak intai2 blog2 dorang tu, memang lepas tengok tu confirm terkeluar ayat ni "ooo.. boleh buat macam ni rupanya.. menyesal aku buang" hehe..
jom kita layan gambar dan manfaatnya :)


 

bekas air kotak boleh dijadikan tempat semai benih :)













guni & recycle bag...

tin-tin lama..

botol air
bijak sungguh mereka memanfaat sesuatu ruang dan barang2 yg hendak digunakan lebih2 lagi kalau nak berkebun, mana2 pon asalkan tempat tu mendapat cahaya yang secukupnya :)

kreatif :)

kalau guna almari ni rasanya macam membazirlah pulak.. hehe.. lebih letak kasut :P

loyang buat kek yg da xguna tu pon boleh guna utk tanam pokok



teko pon boleh... :)


dua dalam satu....
Lepas ni bolehlah kita cuba mana yang bersesuaian :)

(sumber : GOOGLE , sini & disini )