Nuffnang Ads

Thursday, December 6, 2012

Cameron Highland


bharat tea plantation cameron highlands

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron adelah tempat paling wajib dikunjungi waktu cuti sekolah kt Malaysia ni, sedikt fakta dari wikipedia tentang Cameron Highland  ianya terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.


Ladang strawberry di Sconner
  Jd sesiapa yg cintakan alam semula jadi, wajib pg cameron higland :) tp sy pon baru skali jer pg sana, ayah belanja 1 family g. seronok giler dpt g bercuti 1 family, ayah sponsor plk tu.. hehe.. tq ayah. kt CH ni, tmpt yg paling seronok skali utk jalan2 selain dri ladang stobery, ladang teh, kebun bunga ros dan pasar malam ialah ladang Mardi :) tmpat ni mmg wajib bg sesiapa yg suka berkebun, sbb kita bleh tgk bermcm jenis tanaman seperti herba, sayuran, buah-buahan, bunga-bungaan & byk lg..

No comments:

Post a Comment