Nuffnang Ads

Monday, February 3, 2014

Kek Coklat kukus Lapis Cheese

~ Assalamualaikum ~
Hi....
Selamat kembali bekerja setelah lame bercuti sempena Tahun Baru Cina.
seronok dapat habiskan masa bersama keluarga sampai malas nak masuk keje.. hehe...

opis dan kedai makan sekitar tmpt keje sy masih tutup untungnyer mereka hehe... lambatnya nk tunggu pukul 5 petang.... kalau incik boss baik hati bagi cuti halfday ari nie kan best...
(mmg mimpi la incik bos nk bagi.. selalunye dia akan bagi balik awal jer... awal dalam 10 minit atau 15 minit sebelum kul 5 petang... mase raya pon gitu gak - terharu dpt incik boss yg baik hati giler - )

oklah lupakan kisah gumbira sy dgn incik boss yg baik hati dan agak perkauman tu :P

Minggu lepas sy terlebih rajin untuk buatkan adik sy sebijik kek hari lahir, sebenarnya sy dah lama rancang nak buat kek untuk hari lahir keluarga tp tak pandai deco dan takot kene komplen xcantik.. huhu...

Tapi kali ni sy memberanikan diri untuk buat kek besday adik sy dgn deco simple jer..
kek ni sy pernah buat sekali dulu dan mmg sedap dan mudah.


tarra........ cantik tak?



Terima kasih tak terhingga pada Kak Nor @ Secubit garam di atas perkongsian resepi ni. Semoga kak nor dan keluarga dimurahkan rezeki dan sihat walafiat selalu amin.


hitam2 si tampuk manggis, walaupon hitam ku pandang manis.. hehe.. - Black Beauty Chocolate Cake -


disiaram dgn ganache kemudian letak dlm peti ais jab bagi ganache tu keras sikit..



kemudian ditatahkan dengan stobery nyumm.. nyumm..

akhir sekali tambah parutan coklat :)

rupa dari dalam

jemput makan :)


disini copykan resepi dari blog kak nor, terima kasih sekali lagi kak nor :)


KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE (versi K.Nor)


resipi olahan : Kak Nor @ Secubit Garam

resipi asal : Yatie @ memories & chef Zubaidah


Bahan utk lapisan cheese:

250 gm cream cheese

60 gm gula halus

1 biji telur

25 ml air

1 sudu besar tepung gandum



Cara :

Pukul cream cheese bersama dngn gula.

Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.

Biarkan sebentar.

Bahan utk kek:

Bahan A

1 cwn tepung gandum

1/3 cwn serbuk koko

1/2 sk soda bikarbonat

1 sk b/powder

Bahan B

1 cwn gula castor

1/2 cwn susu cair

1/2 cwn myk masak @ butter dicairkan

1/2 cwn air panas suam

1/2 sk coffee/mocha emulco

1 biji telur A


Cara

Ayak Bhn A, ketepikan

Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)

Masukkan Bhn B dan gaul rata

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.


Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:

Panaskan air dlm periuk pengukus hingga mendidih.

Balut penutup periuk dgn kain utk mengelakkan air wap menitik ke dalam kek.

Tuang 1/2 bahagian kek coklat ke dalam loyang 7" yg dah digriskan dgn mentega dan dialas dgn baking paper.

Kukus selama 15 minit.

Tuangkan adunan cream cheese dan ratakan. Kukus selama 15 minit.

Kemudian tuangkan baki adunan kek coklat dan kukus lagi selama 20 minit (atau sehingga masak)

Biarkan sejuk dan keluarkan dr loyang.

Tuangkan ganache di atasnya dan biarkan seketika di dalam peti ais.

Sedia utk dihidangkan.





GANACHE SIMPLE

resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:

150gm coklat masakan~ dipotong kecil

1/4 cawan susu cair

1 sudu besar minyak (sayuran/masak) atau mentega



Cara:

Panaskan susu (kaedah double boiler) & coklat masakan.

Padamkan api dan kacau hingga coklat cair.

Masukkan minyak/mentega dan kacau sebati. Ketepikan

4 comments:

  1. sedapnya cheess kek kukus, ada strawberri lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. penuh dgn rasa sensasi coklat, chesse dan stoberi :)

      Delete
  2. sedapnyerr... teringin pulak mkn nak mkn kek choc ada cheese gini.. resepi dah lama print... tak cuba2 lagi.. baru ni pun akak buat kek choc utk besday anak.. tp xde cheese.. choc moist biasa aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap kak, kek nya lembut jer... wajib buat ni kak, semua peringkat umur suka makan hehe..

      Delete