Nuffnang Ads

Saturday, February 8, 2014

Laksam

Assalamualaikum.... :)
hi......

Salam Jumaat buat semua :)

Hari ni sy nak share resepi Laksam yg sy buat ahad lepas,
sy mulamengenal laksam lebih kurang 4 atau 5 tahun yg lalu sewaktu di Bazaar Ramadhan dan sejak tu, sy suka makan laksam tp jarang2 dpt jumpa orang jual laksam ni di kawasan rumah sy.

Kebetulan pula sy dapat abang ipar ore Ketereh Kelantan dan adik sy belajar di UMK Pengkalan Chepa dan sy berkesempatan pergi ke Kelantan beberapa kali dan sewaktu disana, laksam la juadah sy hari2.. memang heaven la hehehe....

Akhirnya, sy cuba nak masak sendiri laksam ni, cari resepi di tenet jer. Bagi sy dulu proses memasak mee laksam ni pon agak susah tuk sy yg amatur ni, adalah 2 ke 3 resepi yg sy cuba akhirnya resepi dari yani di blog kak ita @ masam manis juga yg sy buat menjadi walaupon xdelah cantik kejadiannya macam kak ita punya, kena byk prektis lagi nie  :)




Sejak dari hari tu, sy terajin masak laksam sampai 2 atau  3 kali sebulan hehe...
sampaikan adik sy yg belajar kat Kelantan tu terkejut bile tgk kakak dia ni buat laksam.. :P
tp yg masih jd kemusykilan nya, me laksam sy kadang putih susu cantik kadang putih gelap sikit.. huhu.. tp rase tetap same :)

Gara2, teruja dan seronok bila dah tahu buat laksam ni, sy pernah cari loyang khas untuk buat me laksam ni tp xjumpe.. mase sy pergi ke Rantau Panjang Kelantan beberapa tahun yg lalu  sy pernah tanye peniaga di situ pon mereka kata xde, dan biasanya mereka kata klu nk buat laksam guna penutup periuk jer.. mase tu, dgn muka yg penuh mengharap sy terus cakap kat pakcik tu, "kalau macam tu pakcik, sy nak beli penutup periuk jer periuknya sy xnk, sy nak penutup saiz kecik"  pakcik tu wat muka pelik mesti pakcik ingat sy nk main2 kan dia. hehehe...
adoi, parah betul la sy ni.. hihi.. manelah ade orang nk jual penutup periuk jer? klu dia jual pun nnti periuk yg xde penutup tu sape pulak yg nak beli? hehe..
akhirnya, sy cuma guna loyang kecik jer.. :)

oklah, disini sy copykan resepi dari blog kak ita , semoga yani dan kak ita dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan didunia dan akhirat amin...



LAKSAM


By: Yani

Laksa

3cwn tpg beras

1/2 cwn tpg gandum

4cwn air suam


Gaulkan semua bahan-bahan.

Panaskan kukusan.

Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak utk mengelak dari melekat. (sy guna loyang 7 inci)

Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk.

Kukus sampai masak.

Bila dah masak, keluarkan.

Biarkan sekejap sebelum digulung - supaya laksam kelihatan licin dan cantik.

Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak.

Ulang sampai habis .


Kuah Laksam


Ikan -

boleh guna kembung, tamban atau tenggiri (direbus, dibuang tulang) ita guna 3 hiris ikan tenggiri

1 inc halia

3 ulas bwg putih

5 ulas bwg merah

1 sudu teh lada hitam

1 biji Santan (atau 2 cawan santan pekat & 2 cawan air)

3-5 keping Asam keping

Sdkt garam

Sedikit gula merah atau gula pasir

kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

Bahan Ulam

timun

kacang panjang

taugeh

daun kesum

Kesemua bahan di atas di hiris halus.
Bahan Cili

cili merah

belacan

garam

limau nipis atau limau kasturi

-cili merah tumbuk dgn belacan, tambah garam sikit dan perahkan limau


                  -selamat mencuba -

Monday, February 3, 2014

Kek Coklat kukus Lapis Cheese

~ Assalamualaikum ~
Hi....
Selamat kembali bekerja setelah lame bercuti sempena Tahun Baru Cina.
seronok dapat habiskan masa bersama keluarga sampai malas nak masuk keje.. hehe...

opis dan kedai makan sekitar tmpt keje sy masih tutup untungnyer mereka hehe... lambatnya nk tunggu pukul 5 petang.... kalau incik boss baik hati bagi cuti halfday ari nie kan best...
(mmg mimpi la incik bos nk bagi.. selalunye dia akan bagi balik awal jer... awal dalam 10 minit atau 15 minit sebelum kul 5 petang... mase raya pon gitu gak - terharu dpt incik boss yg baik hati giler - )

oklah lupakan kisah gumbira sy dgn incik boss yg baik hati dan agak perkauman tu :P

Minggu lepas sy terlebih rajin untuk buatkan adik sy sebijik kek hari lahir, sebenarnya sy dah lama rancang nak buat kek untuk hari lahir keluarga tp tak pandai deco dan takot kene komplen xcantik.. huhu...

Tapi kali ni sy memberanikan diri untuk buat kek besday adik sy dgn deco simple jer..
kek ni sy pernah buat sekali dulu dan mmg sedap dan mudah.


tarra........ cantik tak?



Terima kasih tak terhingga pada Kak Nor @ Secubit garam di atas perkongsian resepi ni. Semoga kak nor dan keluarga dimurahkan rezeki dan sihat walafiat selalu amin.


hitam2 si tampuk manggis, walaupon hitam ku pandang manis.. hehe.. - Black Beauty Chocolate Cake -


disiaram dgn ganache kemudian letak dlm peti ais jab bagi ganache tu keras sikit..



kemudian ditatahkan dengan stobery nyumm.. nyumm..

akhir sekali tambah parutan coklat :)

rupa dari dalam

jemput makan :)


disini copykan resepi dari blog kak nor, terima kasih sekali lagi kak nor :)


KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE (versi K.Nor)


resipi olahan : Kak Nor @ Secubit Garam

resipi asal : Yatie @ memories & chef Zubaidah


Bahan utk lapisan cheese:

250 gm cream cheese

60 gm gula halus

1 biji telur

25 ml air

1 sudu besar tepung gandum



Cara :

Pukul cream cheese bersama dngn gula.

Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.

Biarkan sebentar.

Bahan utk kek:

Bahan A

1 cwn tepung gandum

1/3 cwn serbuk koko

1/2 sk soda bikarbonat

1 sk b/powder

Bahan B

1 cwn gula castor

1/2 cwn susu cair

1/2 cwn myk masak @ butter dicairkan

1/2 cwn air panas suam

1/2 sk coffee/mocha emulco

1 biji telur A


Cara

Ayak Bhn A, ketepikan

Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)

Masukkan Bhn B dan gaul rata

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.


Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:

Panaskan air dlm periuk pengukus hingga mendidih.

Balut penutup periuk dgn kain utk mengelakkan air wap menitik ke dalam kek.

Tuang 1/2 bahagian kek coklat ke dalam loyang 7" yg dah digriskan dgn mentega dan dialas dgn baking paper.

Kukus selama 15 minit.

Tuangkan adunan cream cheese dan ratakan. Kukus selama 15 minit.

Kemudian tuangkan baki adunan kek coklat dan kukus lagi selama 20 minit (atau sehingga masak)

Biarkan sejuk dan keluarkan dr loyang.

Tuangkan ganache di atasnya dan biarkan seketika di dalam peti ais.

Sedia utk dihidangkan.





GANACHE SIMPLE

resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:

150gm coklat masakan~ dipotong kecil

1/4 cawan susu cair

1 sudu besar minyak (sayuran/masak) atau mentega



Cara:

Panaskan susu (kaedah double boiler) & coklat masakan.

Padamkan api dan kacau hingga coklat cair.

Masukkan minyak/mentega dan kacau sebati. Ketepikan