Nuffnang Ads

Thursday, February 7, 2013

Popia Seaweed : Rezeki Di Tahun Baru Cina

Assalammualaikum..


Popia Seaweed
Selain dari kuih sepit dan kerepek ngaku, popia seaweed ni antara kerepek yang menjadi kegemaran orang cina sewaktu sambutan Tahun Baru Cina. Kalau lalu dekat sebelah restoren cina, mesti ade 1 meja yg menempatkan kerepek2 untuk dijual termasuklah popia seaweed ni.Kerepek ni memang sedap dan kalau dah makan xboleh berhenti tau hehe..

sebahagian dari tempahan kawan2 :)
 Terima kasih pada kak maria yg telah memperkenalkan sy dgn kerepek popia seaweed ni lebih kurang 6 tahun yg lalu. Sejak tu sy selalu buat bile terasa nk makan sekarang ni ramai dah orang melayu yg menyukai popia seaweed dan sejak 2 tahun yg lalu sy mula menerima tempahan kecil-kecilan dari kawan2 tak kira cina atau melayu sama ada di Tahun Baru Cina atau di Hari Raya Aidilfitri.
Kalau ade yg nak mencuba resepinya jom kita tengok :)

EITHUSA POPIA SEAWEED

KULIT POPIA (yang 50 pcs tu)
NORI / SEAWEED (yang kecil tu)
TELUR AYAM (dipukul)
BLACK PEPPER (sy guna jenama aji-shio ade perasa sikit )
MINYAK (untuk menggoreng)

mula-mula, ambil sekeping kulit popia dan sapu telur dan susun seaweed pada kulit popia tu, kemudian taburkan sedikit serbuk black pepper dan sapu lagi dengan telur dan tutup dengan sekeping lagi kulit popia di atasnya.
Kemudian gunting kecil2 dan goreng hingga garing.
Tunggu hingga sejuk dan simpan dalam balang dan siap untuk dimakan!
* amat sedap dimakan sewaktu menonton tv sebagai kudap2 :)*
*tips*
- asingkan/ceraikan selapis2 kulit popia tu awal2 untuk memudahkan keje.
- sekiranya guna seaweed yg kecil tu, buka plastik 5minit lebih awal dan dalam 1 peket kecil tu ade 3 pcs seaweed dan simpan dalam bekas kedap udara.


sy guna seaweed yg kecil tu.
(gambar : google)
updates 18/05/2013 : cik nohayati diatas ni adalah rupa seaweednya, boleh beli mana2 pasaraya, contohnya : Jaya jusco, giant, tesco dan 99 pon ade. Cari dibahagian makanan ringan.

Sunday, February 3, 2013

Jom Makan Takoyaki

Assalammualaikum...

Ini kali ketiga kami buat takoyaki dirumah.. sejak dah boleh masak tako kt rumah ni, sy dan adik beradik dah xpernah beli tako kt luar lagi.. macamlah orang yg jual tako tu nk heran kan? hehe..

Seronok juga buat tako ni dgn adik beradik, kecoh rumah! lagi pon klu buat tako sendiri dapat jimat banyak sebab satu adunan tu boleh dapat lebih kurang 40 biji takoyaki.. ermm banyak tau. Berbanding klu beli 3 biji Rm 4.00 kalau kat rumah sy ni klu beli sikit memang tak cukup, sebab semua suka makan hehe.. oklah klu ade yg nak cuba resepi nya boleh tgk di disini

Tapi kali ni kami buat tako berintikan sotong dalam tin jenama Rex, maaf sebab xsempat nk snap gambar, tin nya dah masuk dalam tong sampah. huhu.. Rasanya pon boleh tahan dan sedap! :)

baru masak, bulat bulat...

bersedia nak masuk ke mulut naga.. hehe..
ermm sedapnya.. klu buat sendiri boleh letak sayur kobis didalamnya banyak2! hehe.. ok lah selamat mencuba!

Saturday, February 2, 2013

Kuey Teow Kungfu

Assalammulaikum..

sebenarnya sy dulu tak berapa suka kueh teow kungfu, sebab  masa pertama kali sy cuba makan di satu restoren ni, sy rasa loya sbb terasa hanyir telur ayam tu. lepas tu xberani lagi nk cuba2 makan kuey teow ni. Tapi satu hari tu kakak sy bagi sy rasa kueh teow kungfu yg dia tapau kt area tempat keje, ermm sedap rasanya. mase tu barulah terkial2 nak cari resepi nk cuba buat sendiri. dan kebetulan ternampak resepi  yg cikgu ani post kt fb, ape lagi terus sy cuba... ermmmm percubaan pertama sy menjadi dan sedap.

ini percubaan pertama

masak kali kedua :)

Terima kasih ya cikgu sudi kongsi resepi, sy minta izin nak berkongsi sekali lagi resepi cikgu disini :)

Buat teman2 yg nak mencuba, disini sy copykan resepi yg sy cuba.

KOAY TEOW KUNGFU
Bahan A
500g koay teow - dibahagi kepada 5 bahagian yang sama banyak.
5 biji telur
Bahan B
100 g udang basah - dibuang kulit
150 g ayam - dihiris
1 bar fish cake - dihiris nipis
100 g bunga kobis - dipotong kecil
100 g karot - dihiris nipis
1 peket jagung muda - dihiris nipis
2 pokok sawi - dipotong 1 1/2 inci panjang
2 sd besar minyak masak
1 cawan air rebusan ayam - saya guna kiub ayam maggi + 1 cawan air
2 sd besar sos tiram
1 sd besar lada sulah
3 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sd besar tepung jagung + 1 cawan air - dibancuh bersama

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Pecahkan sebiji telur dan dipukul dengan garfu. Masukkan 1 bahagian koay teow, gaul rata dan goreng macam telur dadar hingga agak garing. (1 portion untuk 1 pinggan). Ketepikan. Ulang langkah ini hingga habis portion.
2. Panaskan 2 sd besar minyak. Tumis bawang putih hingga agak garing.
3. Masukkan ayam, udang dan fish cake. Gaul rata dan ayam agak layu.
4. Masukkan air rebusan ayam, lada sulah, sos tiram, jagung muda dan karot. Biarkan mendidih.
5. Masukkan garam.
6. Masukkan air tepung jagung, bunga kobis dan sawi. Kacau rata dan tutup api.
7. Tuang kuah ke atas koay teow dan hidangkan panas-panas. Enak dinikmati bersama cili padi potong yang dicampur kicap cair.

Terima kasih yer semua..

Assalammulaikum...


Alhamdulillah, sakit pinggang dah berunsur baik, terima kasih buat teman2  diatas doa dan nasihat yg diberikan, terima kasih banyak2 terharu sangat bila ada orang yang ambil berat dan doakan kesihatan sy.. terima kasih ya. Semoga Allah memberkati semua didunia dan akhirat.. Amin..

Terima kasih juga buat mak yg tersayang, kerana menjadi tukang urut balik walaupun dah bersara hehe.. setiap pagi dan petang rajin mak mengurut pinggang sy, malam pulak dia tampalkan koyok cap nurse yang panas gileer tu.. hehe.. terima kasih yer mak :) anak mak ni doakan semoga mak sihat selalu, semoga mak bahagia selalu, semoga dipanjangkan umur mak dan semoga anak mak ni dapat membalas segala budi dan jasa mak, semoga anak mak dapat jaga mak, serupa macam mana mak jaga anak mak yg comel ni :) amiiinnn....


Wednesday, January 30, 2013

Cuti Sakit bukan cuti2 Malaysia

Assalammualaikum...



Adoi.. sudah masuk 3hari sakit pinggang, baru hari ni pegi klinik. Ingatkan nak pegi semalam tapi banyak keje pulak.. jadi simpan jer rasa sakit tu hingga ke hari ni baru pegi jumpa doktor.. Doktor terkejut macam mane sy boleh sakit pinggang sedangkan sy masih muda (muda ke??? hehehe) dan belum berkahwin dan sy pon x ade terjatuh... apelah doktor ni dia pulak yg hairan pastu tanya kita balik.. sebenarnya sy sakit sejak hari isnin lepas masak2 sikit,, mungkin sbb berdiri terlalu lama kot sebab mase tu sy masak kuey teow kung fu untk 7 orang pastu goreng keropok ngaku dan masak peria goreng.. sy rasa pinggang sy tekejut kot sebab sy terajin masak hehe..
Tp memang sakit sangat pinggang sebelah kiri ni tak boleh duduk lama2 kalau turun tangga pun sakit.. macam ditarik2 uratnya dan rasa kebas2 doktor bagi mc 2 hari dan bagi ubat tahan sakit tp kalau masih sakit lagi, dia suruh gi hospital untuk x-ray.. harap2 lah tak ade ape2..  lagipon banyak kerja yg tak siap nanti, ingatkan nak update resepi dan perkembangan anak pokok.. kerja kat office pon sama..
Kakak kt office tempat sy keje ni pon macam tak suka sy mc... iyelah mase sy bagitau dia, doktor bagi sy mc, yang kakak tu tanya "keje da siap ke belom?" bukan nak tanya keadaan sy... terasa sedih tau, sy dapat mc bukannya nak pegi cuti2 Malaysia... takpelah malas nak layan dia huhu.. ape2 pon sy nak tidur rehat banyak2.. lepas tu baru update blog :) As'salam.

Friday, January 18, 2013

Projek Terbaru

PROJEK TERBARU
Selepas kegagalan projek pertama tu, sy telah mendapat idea untuk memanfaatkan satu2nya tempat dalam rumah sy yang mendapat sinaran matahari - Dalam Bilik Air - (sila jangan gelak hehe..)
Dengan menggunakan botol minuman yang dikitar semula menjadi pasu gantung dan menggunakan tanah + kompos yang dibeli di nursery tempoh hari, sy telah memulakan projek ini dengan harapan semuanya dapat bercambah dengan baik.

1MINGGU
selapas 1minggu dan beginilah rupanya botol kitar semula dan digantung didinding bilik air
sumber cahaya, oleh kerana nak mendapatkan cahaya yg banyak, cermin tingkap jadi mangsa sy tanggalkan 2biji hehe,,


Minggu ke2 sy alihkan anak benih ni didepan tingkap supaya dapat membesar dgn lebih cepat dan sempurna :)
 
lobak putih ni memang cepat membesar :)
semoga semuanya dapat membesar dgn baik :)

Alhamdulillah,
setakat ni semua yang dirancangkan berjalan dgn baik. Rancangan seterusnya, apabila anak benih ni sudah kuat dan sedia dialih, sy akan tempatkan di depan koridor rumah dan menggunakan cahaya lampu sepenuhnya. Semoga semua dipermudahkan Amin.

p/s : sekiranya ada yg nak memberi cadangan dan tunjuk ajar, amat2 lah sy hargai terima kasih :D

Salam Jumaat

Assalammualaikum...

Jom kita tambah pahala dengan melakukan amalan sunat dihari jumaat ini :)